Gua Niah Tapak Warisan Dunia UNESCO

PUTRAJAYA 27 Julai – Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pengiktirafan itu diumumkan pada 7 malam waktu tempatan ketika sesi Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia ke-46 di New Delhi, India yang bermula 21 Julai lalu dan dijadual berakhir pada 31 Julai. Dalam satu kenyataan, MOTAC berkata, pengiktirafan berprestij berkenaan telah diputuskan oleh 21 ahli Negara Anggota Jawatankuasa Warisan Dunia yang dipengerusikan oleh wakil dari India. Pencalonan Tapak Warisan…

Read More

Dr Maszlee juga bidas Guan Eng, pertahan Fadhlina

SEPANG 27 Julai – Kenyataan Lim Guan Eng yang menempelak dan memperlekeh Menteri Pendidikan, Fadlina Siddik berhubung isu promosi syarikat arak di dalam acara melibatkan sekolah terus mendapat perhatian ramai. Terkini, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataannya amat kesal dengan kenyataan Guan Eng dan mempertahankan Fadhlina. “Apa yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan selari dengan keputusan Kabinet, falsafah pendidikan kebangsaan, pekeliling KPM sedia ada dan semangat Madani kerajaan, iaitu mempromosikan gaya hidup sihat dalam pendidikan,” katanya. Guan Eng sebelum itu mengingatkan Fadhlina bahawa kenyataannya berkait kutipan dana untuk sekolah…

Read More

Elak letak harapan kepada bomoh

KUALA LUMPUR 27 Julai  – Umat Islam sepatutnya meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT bukannya kepada bomoh kerana perbuatan itu dikhuatiri akan menjejaskan akidah. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata umat Islam perlu mengelak daripada mendapatkan nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh. “Kita mahu lahirkan masyarakat Madani dan umat Islam yang meletakkan segala harapan serta kebergantungan kepada Allah SWT… Allah sahajalah tempat kita mengadu nasib apabila menghadapi kesusahan. “Elakkan diri daripada mendapat nasihat dan meletakkan harapan kepada bomoh sebab kalau…

Read More

Menyorok di tepi tingkap

 makan pagi menjelang tengah hari – bolehlah singgah menjamu selera di Cruffee Crust & Coffee. Dibuka mulai pukul 11 pagi. Lokasinya di No. 10 Jalan Pusat Perniagaan Desa Kolej 1, Taman Desa Kolej, Bandar Baru Nilai. Kedudukannya di belakang stesen minyak Petronas tapi kena cari jalan masuk. Jangan terus terjah belakang stesen minyak tu… Makanannya pelbagai yang sesuai dengan selera anak-anak sehingga warga emas. Terkini menu baharu adalah nasi lemak basmathi berempah. Khabarnya nasi lemak basmathi bukan ada hari-hari. Boleh semak. Baru-baru ni ketika singgah di situ, Selak pekena lempeng…

Read More

Sukan Olimpik Paris 2024 dibuka

PARIS – Buat julung kalinya, acara pembukaan sukan yang biasanya berlangsung di dalam stadium berubah pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila ia berlangsung di sepanjang Sungai Seine. Sebanyak 85 bot membawa kira-kira 6,800 atlet belayar menyelusuri sungai berkenaan dengan jangkaan 320,000 penonton menyaksikan acara itu di kedua-dua tebing Seine. Perarakan kontinjen turut diselitkan dengan beberapa nyanyian serta tarian – sebagai simbolik meraikan kehadiran 205 delegasi negara. Kontinjen Malaysia diwakili enam atlet dan empat pegawai pada acara pembukaan Paris 2024 dengan penerjun, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad…

Read More

WHO hantar vaksin polio ke Gaza

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar lebih sejuta vaksin polio ke Gaza selepas virus itu dikesan dalam sampel sisa kumbahan. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata kanak-kanak di bawah lima tahun paling berisiko mendapat virus itu terutamanya bayi berusia dua tahun ke bawah. Vaksin itu akan diberikan dalam tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengelakkan kanak-kanak di Gaza dijangkiti virus berkenaan. Walaupun tiada kes polio yang direkodkan setakat ini, namun tanpa tindakan segera, ia akan mencapai ribuan kanak-kanak yang dibiarkan tanpa perlindungan. Kempen vaksinasi sebelum ini terganggu oleh konflik…

Read More