154,233 kes di Arab Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 3,941 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan  kes terkumpul 154,233 pada Sabtu 20 Jun.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 1,230 termasuk 46 kematian yang dilaporkan pada Sabtu..

Sebanyak 54,086 kes aktif dilaporkan dengan 1,955 sebagai kritikal.

Setakat ini , sebanyak 46 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah 1,230 kes manakala  kes pulih pula meningkat kepada 98,917 apabila  3,153 lagi kes pulih.

Riyadh terus mempunyai kes tertinggi iaitu 740 kes tetapi  menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,092 semalam.

Ini diikuti Jeddah 421, Makkah 354, Hafouf 285, Taif 221, Dammam 178, Madinah 173, Al Qattif 148, Khobar 143, Al Mobaraz 127 dan Khamis Mushaid, Abha 110

Related posts

Leave a Comment