META mohon maaf kesilapan terjemahan

KUALA LUMPUR 22 Julai – META membuat permohonan maaf atas kesilapan terjemahan automatik menerusi satu entri di Facebook berkaitan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara kelmarin, seperti yang ditularkan semalam. Pengarah Dasar Awam META Asia Tenggara, Rafael Frankel, berkata pihaknya menerima maklum mengenai kesilapan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau mengakui, terjemahan itu menjejaskan catatan di Facebook RTM berkaitan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan hari keputeraan Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam. “Kami sudah menyelesaikan kesilapan…

Read More

Kempen PH-BN di Nenggiri tidak fokus ceramah

KUALA LUMPUR 22 Julai – Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak memberi fokus kepada ceramah mega pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Kelantan, 17 Ogos depan. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tidak seperti beberapa siri PRK lalu, gabungan PH-BN sebaliknya akan menggunakan strategi sasaran berkelompok terhadap pengundi semasa kempen diadakan. “Dalam mesyuarat sekretariat, jentera pilihan raya kali ini tidak mahu fokus kepada ceramah mega seperti beberapa siri PRK lalu. Kita tidak mahu fokus kepada ceramah umum tetapi…

Read More

Rakyat Malaysia di Bangladesh dibawa pulang

PUTRAJAYA 22 Julai –   Semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh akan dibawa pulang susulan ketegangan yang semakin memuncak di negara itu, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan. Katanya, Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, sudah memberi ‘lampu hijau’ supaya pelan evakuasi digerakkan segera. “Seperti mana kita tahu situasi keselamatan di sana tidak berapa baik dan penilaian kita buat ketika ini dan kita mencapai kata putus bahawa pelan evakuasi perlu digerakkan. “Kita akan bawa balik pelajar kita di Bangladesh dan juga warga Malaysia yang kerja di sana serta kaum keluarga petugas di kedutaan…

Read More

Awang Bemee Speaker Dewan Negara

KUALA LUMPUR 22 Julai –  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak, Awang Bemee Awang Ali Basah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-21,  menggantikan  Mutang Tagal yang meninggal dunia 10 Mei lalu. Anak jati negeri Sarawak itu pernah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Borneo Sarawak bermula pada tahun 1984 dan berpengalaman mengendalikan pelbagai kes di semua peringkat mahkamah, termasuk Mahkamah Persekutuan. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching sejak 1998 dan pernah berkhidmat sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak selama tiga penggal. Pada 15 Julai lalu, Awang Bemee…

Read More

Trump dakwa laluan lebih mudah

AMERIKA SYARIKAT: Donald Trump mengatakan bahawa Joe Biden ‘tidak sesuai untuk bertanding’ menjadi presiden manakala Naib Presiden Kamala Harris ‘lebih mudah untuk dikalahkan’ jika dipilih sebagai calon Parti Demokrat. Beliau mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas AS itu mengumumkan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden dan menamakan Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Demokrat pada pilihan raya November ini. Trump menyatakan demikian di rangkaian sosialnya pada Ahad. Anak lelaki sulung Trump, Donald Trump Jr, berkata di media sosial selepas Biden mengundurkan diri bahawa Harris ‘memiliki keseluruhan rekod dasar sayap kiri Joe…

Read More

Obama hargai keputusan Biden

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mengucapkan terima kasih kepada Joe Biden susulan keputusannya mengundur diri daripada Pemilihan Semula Presiden AS pada November ini. Bagaimanapun, Obama tidak mengesahkan sebarang sokongan kepada Kamala Harris, calon yang dicadang Biden untuk bertanding sebagai Presiden melawan Donald Trump dan memimpin Parti Demokrat. Dalam satu kenyataan di platform X, Obama berkata, Biden adalah seorang daripada Presiden AS yang berpengaruh, teman dan rakan kongsi yang dihormati olehnya. “Hari ini, sekali lagi kita diingatkan bahawa dia adalah seorang patriot yang paling unggul. “Ketika saya memulakan…

Read More

Kamala Harris mahu satukan parti

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, mengucapkan terima kasih di atas sokongan Presiden Joe Biden terhadap pencalonan beliau sebagai wakil Demokrat dalam pemilihan presiden November depan. Beliau yang menyifatkan Biden sebagai pemimpin yang berpegang kepada kejujuran dan integriti berjanji akan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyatukan parti. “Saya komited mahu menyatukan semula Demokrat dan menang dalam persaingan presiden kali ini. “Bersama-sama, kita akan berjuang. Dan bersama-sama, kita akan menang,” katanya yang mempunyai tempoh 107 hari lagi untuk Hari Pilihan Raya. Kamala Harris, 60. dilahirkan di Oakland, California, Amerika Syarikat…

Read More

Biden tarik dari pertahan jawatan Presiden AS

WASHINGTON: Selepas didesak berundur, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akhirnya menarik diri daripada perebutan jawatan presiden dan mengesahkan Naib Presidennya, Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat. Biden melalui kenyataan di media sosial berkata, beliau akan berucap dengan lebih terperinci mengenai keputusannya kepada negara, akhir minggu ini. “Walaupun saya berhasrat untuk bertanding semula, namun demi kepentingan terbaik parti dan negara, saya percaya adalah lebih baik untuk berundur dan menumpukan perhatian kepada tugas sebagai Presiden untuk baki penggal saya,” katanya. Susulan itu, Biden menawarkan sokongan penuh untuk Harris yang akan menggantikannya…

Read More