WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, mengucapkan terima kasih di atas sokongan Presiden Joe Biden terhadap pencalonan beliau sebagai wakil Demokrat dalam pemilihan presiden November depan.
Beliau yang menyifatkan Biden sebagai pemimpin yang berpegang kepada kejujuran dan integriti berjanji akan menggunakan sepenuh kuasanya untuk menyatukan parti.
“Saya komited mahu menyatukan semula Demokrat dan menang dalam persaingan presiden kali ini.
“Bersama-sama, kita akan berjuang. Dan bersama-sama, kita akan menang,” katanya yang mempunyai tempoh 107 hari lagi untuk Hari Pilihan Raya.
Kamala Harris, 60. dilahirkan di Oakland, California, Amerika Syarikat (AS) pada 20 Oktober 1964.
Beliau dilantik menjadi Naib Presiden ke-49 (2021 hingga 2025), wanita pertama, wanita Afrika Amerika pertama dan wanita Asia Amerika pertama memegang jawatan itu.
Dilantik sebagai Senator pada 2017 hingga 2021 dan menjadi Peguam Negara California pada 2011 hingga 2017.
Sementara itu, Demokrat berkata, parti berkenaan akan melakukan proses yang teratur dan telus dalam memilih calon baharu.
Senator West Virginia, Joe Manchin yang meninggalkan parti Demokrat dan bertanding sebagai calon bebas dilaporkan berhasrat untuk mencabar Harris.
Nnn
