UAE beri dos ketiga

EMIRIYAH Arab Bersatu (UAE) akan memberikan suntikan vaksin tambahan atau ‘booster’ kepada individu yang mendapatkan dua dos lengkap vaksin Covid-19.

Menurut Lembaga Pengurusan Krisis Kecemasan dan Bencana Nasional (NCEMA) UAE, suntikan ketiga akan disediakan kepada mereka yang dianggap berisiko tinggi selepas tiga bulan divaksin.

Bagi mereka yang bukan dalam kategori berisiko tinggi akan diberikan selepas enam bulan lengkap dua dos.

UAE mula memberikan suntikan tambahan kepada mereka yang divaksin menggunakan vaksin Sinopharm pada bulan Jun lalu.

Kira-kira 79 peratus penduduk atau 9 juta telah menerima satu dos vaksin sementara 70 peratus telah lengkap dua dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment