Trump dakwa laluan lebih mudah

AMERIKA SYARIKAT: Donald Trump mengatakan bahawa Joe Biden ‘tidak sesuai untuk bertanding’ menjadi presiden manakala Naib Presiden Kamala Harris ‘lebih mudah untuk dikalahkan’ jika dipilih sebagai calon Parti Demokrat.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sejurus selepas AS itu mengumumkan menarik diri daripada perebutan jawatan presiden dan menamakan Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Demokrat pada pilihan raya November ini.

Trump menyatakan demikian di rangkaian sosialnya pada Ahad.

Anak lelaki sulung Trump, Donald Trump Jr, berkata di media sosial selepas Biden mengundurkan diri bahawa Harris ‘memiliki keseluruhan rekod dasar sayap kiri Joe Biden’.

Satu-satunya perbezaan ialah dia lebih liberal dan kurang cekap daripada Joe, yang benar-benar mengatakan sesuatu. Dia diletakkan untuk bertanggungjawab ke atas sempadan dan kami melihat pencerobohan pendatang tanpa izin terburuk dalam sejarah!!!,” katanya di X.

Beberapa pemimpin Parti Republikan sebelum ini turut menggesa Biden meletakkan jawatan sebagai presiden AS.

“Jika Joe Biden tidak boleh bertanding untuk pemilihan semula, dia tidak mampu dan tidak layak untuk berkhidmat sebagai Presiden AS. Dia perlu mesti segera meletak jawatan,” kata Pengerusi Persidangan Republikan Dewan Rakyat, Elise Stefanik, dalam satu kenyataan.

Selama berminggu-minggu, kempen Biden menegaskan bahawa pemimpin Demokrat itu kekal dalam perlumbaan.

Tetapi, selepas keputusannya untuk berundur daripada pemilihan semula, Parti Demokrat terjerumus ke dalam ketidaktentuan, kurang tempoh empat bulan sebelum pilihan raya pada November.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment