PUTRAJAYA 17 Julai – Malaysia mengulangi komitmennya dalam proses kehakiman yang dijalankan secara telus di bawah undang-undang antarabangsa terhadap pihak bertanggungjawab dalam tragedi Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014. Kementerian Pengangkutan berkata kerajaan juga komited untuk mencari keadilan bagi keluarga mangsa dalam kejadian berkenaan. “Kerajaan Malaysia teguh bahawa proses terbabit untuk mendapatkan kebenaran, keadilan, dan pertanggungjawaban. “Kami sekali lagi bersimpati dan merakamkan ucapan takziah paling mendalam kepada keluarga dan orang tersayang mangsa MH17,” kata kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini. Kementerian Pengangkutan berkata sedekad sudah…
Read MoreDay: July 17, 2024
Bancian Pertanian kesan 110,000 petani
ALOR GAJAH 17 Julai – Kira-kira 110,000 petani dan golongan terbabit dalam sektor pertanian berjaya dikesan di seluruh negara dalam tempoh 11 hari pelaksanaan Banci Pertanian 2024 bermula 7 Julai lalu. Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata secara umumnya di seluruh negara, Banci Pertanian ini melebihi 10 peratus, beberapa negeri enam peratus tetapi negeri yang kecil seperti Pulau Pinang mencapai lebih kurang 13 peratus. Beliau yang juga Pesuruhjaya Banci berkata daripada 110,000 yang dibanci itu, sebanyak 1,486 petani dikesan menjalankan aktiviti pertanian di Melaka. “Perkara yang kita teruja dalam…
Read More10 tahun tragedi hitam MH17 ditembak
SEDEKAD berlalu. Hari ini 17 Julai 2024, genap 10 tahun tragedi hitam menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 apabila ia terhempas dari ketinggian 30,000 kaki di wilayah Ukraine selepas didakwa ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak di negara berkenaan. Kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat Boeing 777 berkenaan terkorban iaitu 193 warganegara Belanda, Malaysia (43), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga) dan masing-masing satu dari Kanada dan New Zealand. Peristiwa menyayat hati itu berlaku dalam tempoh wmpat bukan…
Read MoreADUN Rembia: UMNO serah kepada Rauf
KUALA LUMPUR 17 Julai – Tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhamad Jailani Khamis yang sah menyertai Pas akan diserahkan sepenuhnya kepada Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh. Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu juga akan dibawa kepada Majlis Tertinggi UMNO. “Saya sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka dan saya serahkan sepenuhnya kepada beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka untuk mengambil tindakan. “Tindakan itu juga beliau akan bawa kepada Majlis Tertinggi UMNO,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan…
Read MoreSultan Ibrahim hadir mesyuarat raja-raja
KUALA LUMPUR 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) di Istana Negara hari ini yang dipengerusikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Turut berangkat ke mesyuarat kali ke-266 itu ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Berangkat sama, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Tengku Mahkota Kelantan Tengku…
Read MoreTelefon ditemukan di lokasi mayat dijumpai
HULU SELANGOR 17 Julai – Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemukan di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, tengah hari ini . Peranti itu ditemukan anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor jam 12.21 tengah hari, selepas satu jam menyelam. Pada masa sama, polis turut membawa suspek berusia 26 tahun ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini. Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa…
Read MoreAerotrain KLIA beroperasi suku pertama 2025
KUALA LUMPUR 17 Julai – Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1 yang dijadual siap sepenuhnya 31 Januari. Menurut Kementerian Pengangkutan, pihaknya dan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) amat komited untuk memastikan pelan penggantian Aerotrain ini berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan. Kenyataan itu terkandung dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta perincian status projek penggantian aerotrain KLIA, termasuk perjanjian baharu dimeterai oleh MAHB serta anggaran kos projek berkenaan.…
Read MoreBerita pilihan….
9,241 pelajar terbunuh sejak Oktober
GAZA: Agensi berita Palestin WAFA melaporkan sekurang-kurangnya 9,241 pelajar terbunuh dan 15,182 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober tahun lepas. Menurut WAFA, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi melaporkan 9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera. Kementerian itu juga menyatakan bahawa 497 guru dan pentadbir terbunuh dan 3,426 cedera di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Manakala kira-kira 353 sekolah kerajaan, universiti, bangunan universiti dan 65 milik Agensi Bantuan…
Read MoreKorban berterusan akibat serangan Israel
SEMENANJUNG GAZA: Kementerian Kesihatan dan pegawai perubatan di Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam serangan dilancarkan Israel semalam di sebuah stesen minyak dan sebuah sekolah di wilayah itu. Menurut Kementerian Kesihatan, serangan rejim Zionis ke atas stesen minyak di Al-Mawasi dekat selatan Gaza mengorbankan 17 orang dan mencederakan 26 yang lain. Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin pada mulanya melaporkan terdapat lapan orang terkoban dalam serangan berasingan pada masa yang hampir sama ke atas Sekolah Al-Razi yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersastu (PBB), di kem pelarian Nuseirat dekat tengah Gaza.…
Read More