GAZA: Agensi berita Palestin WAFA melaporkan sekurang-kurangnya 9,241 pelajar terbunuh dan 15,182 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober tahun lepas.
Menurut WAFA, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi melaporkan 9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Kementerian itu juga menyatakan bahawa 497 guru dan pentadbir terbunuh dan 3,426 cedera di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Manakala kira-kira 353 sekolah kerajaan, universiti, bangunan universiti dan 65 milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNRWA) dibom dan dirosakkan di Semenanjung Gaza, menyebabkan 139 daripadanya mengalami kerosakan teruk dan 93 musnah sepenuhnya.
Di Tebing Barat, 69 sekolah dan lima universiti di Tebing Barat diserbu dan dirosakkan di samping 133 sekolah kerajaan digunakan sebagai pusat perlindungan di Semenanjung Gaza.
Sebanyak 620,000 pelajar di Semenanjung Gaza masih tidak dapat mendaftar di sekolah sejak pencerobohan dan 88,000 pelajar juga tidak dapat mendaftar di universiti manakala 39,000 pelajar dihalang menduduki peperiksaan sekolah menengah.
