Bancian Pertanian kesan 110,000 petani

ALOR GAJAH 17 Julai – Kira-kira 110,000 petani dan golongan terbabit dalam sektor pertanian berjaya dikesan di seluruh negara dalam tempoh 11 hari pelaksanaan Banci Pertanian 2024 bermula 7 Julai lalu.

Ketua Perangkawan,  Dr Mohd Uzir Mahidin berkata secara umumnya di seluruh negara, Banci Pertanian ini melebihi 10 peratus, beberapa negeri enam peratus tetapi negeri yang kecil seperti Pulau Pinang mencapai lebih kurang 13 peratus.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Banci berkata daripada 110,000 yang dibanci itu, sebanyak 1,486 petani dikesan menjalankan aktiviti pertanian di Melaka.

“Perkara yang kita teruja dalam melaksanakan Banci Pertanian ini antaranya kita dapati ramai ikon dalam sektor pertanian yang boleh dijadikan idola anak muda,” katanya selepas melawat ladang nanas NonehCekgu di Taboh Naning di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata Banci Pertanian 2024 membabitkan sektor pertanian, perikanan, ternakan dan tanaman itu dijangka mengambil masa empat bulan hingga Oktober dan semua petani terlibat diminta memberi kerjasama khususnya dalam pemberian maklumat bagi memastikan data diperoleh adalah tepat.

Beliau berkata hasil dapatan berkenaan penting supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi industri pertanian di negara ini sekali gus menarik lebih banyak penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian khususnya belia.

Mohd Uzir berkata pelaksanaan Banci Pertanian 2024 membabitkan sektor pertanian, perikanan, ternakan dan tanaman itu dijangka mengambil masa empat bulan hingga Oktober dan semua petani diminta memberi kerjasama khususnya dalam pemberian maklumat bagi memastikan data diperoleh adalah tepat.

Beliau berkata hasil dapatan berkenaan penting supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi industri pertanian di negara ini sekali gus menarik lebih banyak penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian khususnya belia.

Katanya, menerusi pelaksanaan Banci Pertanian itu, pelbagai maklumat dapat diperoleh antaranya penggunaan teknologi terkini dalam aktiviti pertanian, perikanan, ternakan dan tanaman selain kekangan atau masalah dihadapi golongan itu.

Menerusi banci berkenaan juga, Mohd Uzir berkata maklumat berkaitan sayur-sayuran atau buah-buahan yang kurang ditanam sehingga perlu diimport dari negara luar dan usaha boleh diambil pihak berkaitan bagi menggalakkan aktiviti tanaman berkenaan agar industri bekalan makanan negara tidak terlalu bergantung kepada aktiviti import.

Nnn

Related posts

Leave a Comment