Malaysia, China lanjut pengecualian visa

PUTRAJAYA 20 Jun – Malaysia dan China menyokong usaha berterusan berhubung pengecualian visa bagi memupuk serta mengukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara. Justeru China bersetuju untuk melanjutkan kemudahan itu sehingga akhir 2025, manakala Malaysia pula sehingga penghujung 2026. Kenyataan bersama dikeluarkan pada hari terakhir lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Qiang ke negara ini hari ini, menyatakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Li Qiang mengalu-alukan minat mendalam untuk meneruskan perundingan dan perbincangan mengenai pengecualian visa bersama bagi memudahkan kemasukan rakyat Malaysia dan China. Terdahulu pada 31 Mei lalu, Timbalan Perdana…

Read More

Bersatu hantar notis kepada Speaker Parlimen

KUALA LUMPUR 20 Jun –  Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dikosongkan. Perkara itu dimaklumkan Ketua Whip Bersatu yang juga Naib Presiden,  Dr Ronald Kiandee, selepas merujuk Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, di mana keahlian parti enam wakil rakyat Bersatu itu terhenti secara serta-merta. Katanya, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima. “Notis pemakluman kekosongan kerusi…

Read More

Ranking WCR: Menteri MITI akan jelas kedudukan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITi) akan memberi penjelasan mengenai kedudukan Malaysia yang jatuh dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Menteri MITI, Tengku  Zafrul Abdul Aziz sudah memaklumkan kepadanya dan akan memberi penjelasan lanjut mengenai apa laporan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD). “Beri sedikit masa kepada MITI untuk mengkaji apa yang dimaksudkan kerana realitinya tahun ini kita menyaksikan jumlah pelaburan yang sangat tinggi terutama dalam sektor semikonduktor, data center dan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).…

Read More

Hidupkan sektor pertanian, kurangkan kebergantungan

TANJONG 20 Jun – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menghidupkan semula sektor pertanian bagi memastikan keselamatan makanan untuk negara di samping usaha ke arah menurunkan harga makanan, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata pihaknya menyokong usaha bagi menurunkan harga makanan tetapi bagi menstabilkan harga, adalah penting untuk melakukan pelaburan dalam pengeluaran makanan tempatan. Mohideen berkata, hasil penyelidikan tentang pengeluaran makanan haiwan yang berkhasiat dan berpatutan oleh institusi pengajian tinggi perlu dimanfaatkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import dan menyokong pertanian tempatan. Katanya, ketika ini penternak ayam sangat bergantung kepada…

Read More

Kenapa MAHB nak jual saham?

PUTRAJAYA 20 Jun – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada syarikat yang didakwa menyokong Israel. Menurutnya, apabila beliau mendengar syarikat MAHB akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, jangkaannya MAHB rugi. “Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini. Kenapa nak jual 30 peratus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?,” katanya dalam satu kenyataan. Dr Mahathir berkata, keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan…

Read More

6 jemaah meninggal sempat wukuf

MAKKAH: Enam lagi jemaah haji Malaysia di Tanah Suci meninggal dunia selepas mereka sempat melakukan ibadah wukuf dengan kebanyakannya meninggal dunia akibat sakit jantung, paru-paru berair dan jangkitan kuman pada darah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dengan perkembangan ini jumlah kematian jemaah Malaysia setakat ini adalah 14 orang. Jemaah terbaru yang meninggal dunia adalah Bawi Solek, 75, dari Kampung Hilir Pusa, Sarawak; Raksan Matasil, 74, (Kota Kinabalu, Sabah); Madon Mohamed, 71, (Masai, Johor); Roba’ayah Yusoff, 71, (Beruas, Perak); Syed Abu Hassan…

Read More

Salur nilai bidaan FF1 untuk rakyat

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyalurkan nilai bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas FF1 sebanyak RM1.75 juta kepada Kerajaan Persekutuan. Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menzahirkan harapan agar nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat. “Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta,” menurut catatan berkenaan. Sementara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam catatan di Facebooknya menjunjung kasih sumbangan yang disalurkan oleh…

Read More

Ramaphosa Presiden Afrika Selatan ke-7

PRETORIA: Cyril Ramaphosa, 71 mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh Afrika Selatan, bagi penggal kedua selepas beliau dipilih semula oleh Parlimen Jumaat lalu. Majlis angkat sumpah yang berlangsung di sini dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara, Raymond Zond dengan kehadiran beberapa ketua negara dan kerajaan. “Saya, Matamela Cyril Ramaphosa, bersumpah saya akan setia kepada Republik Afrika Selatan,” kata pemimpin itu dalam sumpah jawatannya. Zondo kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Ramaphosa dan memperkenal beliau kepada hadirin selepas menandatangani watikah pelantikan, dengan menyatakan presiden yang baru dipilih kini dilantik dengan sah. Doa pelbagai agama diadakan…

Read More

PM Malaysia, China bertukar buku

KUALA LUMPUR 20 Jun –  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang bertukar-tukar buku mewah bagi memperingati ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara Malaysia dan China. Li menyerahkan buku bertajuk 50th Anniversary of China-Malaysia Diplomatic Ties Hand in Hand for Win-Win Cooperation, manakala Anwar menyampaikan buku berjudul Ties that Bind kepada Perdana Menteri China itu. Kedua-dua pemimpin turut bertukar setem peringatan di samping Anwar juga menyerahkan syiling peringatan kepada Li. Ties that Bind diterbitkan untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China,…

Read More