Kenapa MAHB nak jual saham?

PUTRAJAYA 20 Jun – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada syarikat yang didakwa menyokong Israel.

Menurutnya, apabila beliau mendengar syarikat MAHB akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, jangkaannya MAHB rugi.

“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023. Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini. Kenapa nak jual 30 peratus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir berkata, keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan MAHB didakwa mempunyai agenda tersendiri.

“Saya tak faham. Mungkin juga ada udang di sebalik batu?” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam MAHB.

Beliau turut menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Related posts

Leave a Comment