Ramaphosa Presiden Afrika Selatan ke-7

PRETORIA: Cyril Ramaphosa, 71 mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh Afrika Selatan, bagi penggal kedua selepas beliau dipilih semula oleh Parlimen Jumaat lalu.

Majlis angkat sumpah yang berlangsung di sini dikendalikan oleh Ketua Hakim Negara, Raymond Zond dengan kehadiran beberapa ketua negara dan kerajaan.

“Saya, Matamela Cyril Ramaphosa, bersumpah saya akan setia kepada Republik Afrika Selatan,” kata pemimpin itu dalam sumpah jawatannya.

Zondo kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Ramaphosa dan memperkenal beliau kepada hadirin selepas menandatangani watikah pelantikan, dengan menyatakan presiden yang baru dipilih kini dilantik dengan sah.

Doa pelbagai agama diadakan sebelum upacara angkat sumpah dengan pemimpin agama berdoa untuk presiden yang akan datang dan kerajaan perpaduan nasional.

Ahli Parlimen Afrika Selatan memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden untuk penggal kedua semasa persidangan pertama badan perundangan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment