MALAWI: Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima, 51 terbunuh dalam nahas kapal terbang, bersama sembilan yang lain selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan pesawat itu di dalam hutan. Presiden Malawi, Lazarus Chakwera, ketika mengumumkan nahas itu berkata, pasukan SAR menemui pesawat itu yang musnah sepenuhnya tanpa ada yang terselamat, kerana semua penumpang di dalamnya terbunuh akibat terhentak. “Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa sedihnya hati ini,” katanya sambil menyifatkan kemalangan itu sebagai ‘tragedi yang dahsyat’. Pesawat tentera yang membawa Chilima, dan rombongannya dilaporkan hilang semalam, selepas ia gagal mendarat di…
Read MoreDay: June 11, 2024
PRK : Calon Kerajaan Perpaduan diumum esok
PUTRAJAYA 11 Jun – Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan hari ini telah memuktamadkan calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap 6 Julai depan. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata calon terbabit akan diumumkan secara rasmi pukul 9 malam esok. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, mesyuarat tersebut membabitkan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diadakan di Seri Perdana Putrajaya, Katanya bagi penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, mesyuarat memutuskan untuk melantik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung…
Read More130,000 pesawah dapat insentif bajak, penuaian
PUTRAJAYA 11 Jun – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengumumkan sebanyak 130,000 pesawah di Semenanjung akan menerima bantuan insentif pembajakan dan insentif penuaian sebanyak RM210 per hektar per musim. Dalam satu kenyataan, KPKM menjelaskan bantuan tunai itu susulan langkah menaikkan insentif pembajakan dan pengenalan insentif penuaian. “KPKM mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim. KPKM juga turut memperkenalkan insentif baru iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim,” kata KPKM Pada…
Read MoreKempen permit haji demi keselesaan jemaah
MAKKAH: Kempen ‘No Hajj Without a Permit’ atau tidak boleh menunailkan haji tanpa permit dilancarkan untuk musim haji tahun ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah. Justeru, Presiden Hal Ehwal Agama Masjidilharam dan Masjdi Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais menggesa semua pihak menyokong kempen berkenaan dan bekerjasama dengan agensi keselamatan yang melaksanakannya. Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan, Al-Sudais membuat kenyataan itu pada Simposium Haji ke-48 bertajuk ‘Observing Syariah Permissions and Adherence to the Regulations Approved in the Hajj Rite’ yang diadakan di sini semalam. Al-Sudais juga menggesa…
Read MoreSIA tawar pampasan insiden gelora udara
SINGAPURA 11 Jun – Singapore Airlines (SIA) menawarkan bayaran pampasan kepada semua 211 penumpang, yang berada dalam pesawat SQ321 yang mengalami gelora udara ekstrem baru-baru ini. Sambil memohon maaf, SIA dalam kemas kini terkini mengenai insiden itu di Facebooknya hari ini memaklumkan telah menghantar tawaran pampasan itu semalam, 10 Jun kepada para penumpang yang terlibat. Menurut kenyataan itu, semua penumpang yang terjejas seharusnya sudah menerima tawaran bayaran pampasan mereka menerusi emel, di samping maklumat mengenai bagaimana mereka boleh menguruskan tuntutan tersebut. SQ321 sedang dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila…
Read MoreJimat RM4b bantu STR, pengangkutan awam
PUTRAJAYA 11 Jun – Anwar Ibrahim berkata, penjimatan RM4 bilion yang diraih menerusi penyasaran semula subsidi diesel akan dibelanja bagi menampung keperluan kos pengangkutan awam serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Perdana Menteri, berkata, kos bagi STR yang kini memanfaatkan sembilan juta penerima sudah mencecah belanja RM10 bilion. “Wang (penyasaran subsidi) itu bukan untuk naikkan elaun menteri atau kementerian lain. Penyasaran subsidi ini untuk pastikan ia tidak diberi kepada maha kaya dan warga asing. “Jadi penjimatan daripada subsidi diesel ini sebahagiannya untuk menampung keperluan pengangkutan awam atau bantuan kepada rakyat. Sebahagiannya…
Read MoreBerita pilihan…
Tekan Hamas terima gencatan senjata
KAHERAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menyeru rakan kongsi di Asia Barat ‘menekan Hamas untuk berkata ya’ kepada cadangan yang menggariskan gencatan senjata kekal di Gaza serta pembebasan tebusan Israel. Bercakap sebelum berlepas dari Kaherah ke Tel Aviv, Blinken yang melakukan lawatan kelapannya ke rantau berkenaan sejak 7 Oktober, berkata, rakan sejawatannya dari Mesir ‘berkomunikasi dengan Hamas beberapa jam yang lalu’. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran mengenai bila Hamas, yang mentadbir Gaza mungkin bertindak balas secara rasmi kepada cadangan gencatan senjata yang dihantar kepada mereka lebih seminggu lalu.…
Read MoreEU kumpul stok 40 juta dos vaksin
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan menandatangani kontrak bagi mendapatkan lebih 40 juta dos vaksin pencegahan selesema burung untuk diagihkan kepada 15 negara dengan penghantaran pertama ke Finland. Susulan itu, pada Selasa EU akan menandatangani perjanjian bagi memperoleh sehingga 665,000 dos daripada pengeluar vaksin CSL Seqirus termasuk pilihan untuk 40 juta vaksin lagi untuk maksimum empat tahun. Menurut laporan media, dos ini adalah untuk mereka yang paling terdedah kepada virus, seperti pekerja ladang ayam dan doktor haiwan. Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Britain juga dalam proses mendapatkan dos vaksin pencegahan. Sehingga…
Read More