Kempen permit haji demi keselesaan jemaah

MAKKAH: Kempen ‘No Hajj Without a Permit’ atau tidak boleh menunailkan haji tanpa permit dilancarkan untuk musim haji tahun ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah.

Justeru, Presiden Hal Ehwal Agama Masjidilharam dan Masjdi Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais menggesa semua pihak menyokong kempen berkenaan dan bekerjasama dengan agensi keselamatan yang melaksanakannya.

Agensi Berita Arab Saudi (SPA) melaporkan, Al-Sudais membuat kenyataan itu pada Simposium Haji ke-48 bertajuk ‘Observing Syariah Permissions and Adherence to the Regulations Approved in the Hajj Rite’ yang diadakan di sini semalam.

Al-Sudais juga menggesa semua pihak bekerjasama dengan agensi keselamatan yang melaksanakan kempen itu dan mengulangi kepentingan jemaah mematuhi arahan yang ditetapkan dan mendapatkan permit haji terlebih dahulu

Al-Sudais dilaporkan berkata mereka yang tidak mempunyai permit berisiko melakukan perbuatan yang melanggar syariah dan boleh mengundang dosa.

Menurut laporan itu, menunaikan ibadah haji tanpa permit juga melanggar peraturan serta arahan yang ditetapkan untuk memenuhi kepentingan awam dan jemaah haji sewajarnya mematuhi peraturan ini untuk menghindari sebarang kesan buruk.

Nnn

Related posts

Leave a Comment