EU kumpul stok 40 juta dos vaksin

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan menandatangani kontrak bagi mendapatkan lebih 40 juta dos vaksin pencegahan selesema burung untuk diagihkan kepada 15 negara dengan penghantaran pertama ke Finland.

Susulan itu, pada Selasa EU akan menandatangani perjanjian bagi memperoleh  sehingga 665,000 dos daripada pengeluar vaksin CSL Seqirus termasuk pilihan untuk 40 juta vaksin lagi untuk maksimum empat tahun.

Menurut laporan media, dos ini adalah untuk mereka yang paling terdedah kepada virus, seperti pekerja ladang ayam dan doktor haiwan.

Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Britain juga dalam proses mendapatkan dos vaksin pencegahan.

Sehingga awal Jun, dalam laporan mingguannya, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) memaklumkan tiada kes aktif pada manusia atau lembu di EU.

“Transmisi kepada manusia kekal sebagai kejadian yang jarang berlaku dan tiada penularan berterusan antara manusia diperhatikan setakat ini,” kata ECDC

Related posts

Leave a Comment