PUTRAJAYA 11 Jun – Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan hari ini telah memuktamadkan calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap 6 Julai depan.
Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata calon terbabit akan diumumkan secara rasmi pukul 9 malam esok.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, mesyuarat tersebut membabitkan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diadakan di Seri Perdana Putrajaya,
Katanya bagi penyelarasan dan penyeragaman gerak kerja jentera PRK, mesyuarat memutuskan untuk melantik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Jentera Pilihan Raya Kerajaan Perpaduan.
“Sementara itu, Pengerusi Operasi Bersama PRK DUN Sungai Bakap mewakili Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang akan diketuai oleh Dr Mohamad Abdul Hamid (Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang) dan Musa Sheikh Fadzir (Pengerusi UMNO Pulau Pinang),” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.
Nnnn