Tekan Hamas terima gencatan senjata

KAHERAH: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menyeru rakan kongsi di Asia Barat ‘menekan Hamas untuk berkata ya’ kepada cadangan yang menggariskan gencatan senjata kekal di Gaza serta pembebasan tebusan Israel.

Bercakap sebelum berlepas dari Kaherah ke Tel Aviv, Blinken yang melakukan lawatan kelapannya ke rantau berkenaan sejak 7 Oktober, berkata, rakan sejawatannya dari Mesir ‘berkomunikasi dengan Hamas beberapa jam yang lalu’.

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran mengenai bila Hamas, yang mentadbir Gaza mungkin bertindak balas secara rasmi kepada cadangan gencatan senjata yang dihantar kepada mereka lebih seminggu lalu.

“Mesir, AS dan negara-negara lain percaya kepada perkara itu dan kita sepatutnya boleh mencapai kata ‘ya’,” katanya.

Blinken mengulangi bahawa cara terbaik untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin yang berterusan diserang Israel serta memastikan pembebasan tebusan dan sebaliknya adalah melalui cadangan di atas meja rundingan.

“Kerajaan Israel dan pertubuhan antarabangsa menyokong perjanjian itu,” katanya

Related posts

Leave a Comment