PORT DICKSON 9 Jun – Penggunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawal Selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) yang akan dikuatkuasakan. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ketika ini penggunaan rokok elektronik masih dikawal selia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 buat masa ini. “Akta dan peraturan yang berkuat kuasa bulan ini akan dilaksanakan terlebih dahulu, menjadikan produk merokok termasuk vape sebagai produk yang dikawal selia dengan ketat,” katanya selepas program Tinjauan Mesra Premis Bersih,…
Read MoreDay: June 8, 2024
Jenazah Huzz selamat dikebumikan
KEPALA BATAS 8 Jun – Jenazah wartawan hiburan popular era 1980-an hingga 90-an, Huzz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, di sini malam ini. Terdahulu, jenazah Allahyarham Kamal Huzaini Kamaludin itu dibawa ke Masjid Abdullah Fahim untuk dimandi dan dikafankan diikuti solat jenazah selepas solat Isyak, sebelum dikebumikan kira-kira pukul 9.45 malam. Solat Jenazah diimamkan oleh Imam Masjid Abdullah Fahim, Muhammad Izzat Matjidi yang turut disertai kira-kira 200 jemaah dan ahli keluarga. Bernama melaporkan Allahyarham meninggal dunia di rumah abangnya di Bertam…
Read MoreBersatu bantu calon Pas Sungai Bakap
NIBONG TEBAL 9 Jun- Bersatu akan membantu calon Pas yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, 6 Julai ini kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata jentera parti itu akan berkampung di Sungai Bakap untuk membantu calon Pas sekali gus mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu. “Bersatu malam ini berikrar depan (semua) pimpinan Pas bahawa kami akan berkampung di Sungai Bakap kerana calon Pas adalah calon PN. “Kami akan berkhidmat sebagai PN dan Insya-Allah kita akan menang…
Read MoreMuhyiddin kekal Presiden Bersatu
KUALA LUMPUR 8 Jun – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin akan terus kekal sebagai Presiden Bersatu dalam pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu mulai 30 November hingga 1 Disember ini. Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu bagi mematuhi ketetapan Perhimpunan Agung Tahunan Khas Bersatu pada 25 November 2023 yang sebulat suara memutuskan Muhyiddin kekal sebagai Presiden. Beliau berkata, keputusan itu adalah antara beberapa keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat MPT Bersatu semalam yang dipengerusikan Muhyiddin. Katanya, Bersatu juga kekal mengikut Perlembagaan parti bagi pertandingan untuk jawatan lain,…
Read MorePHBN buka gelanggang PRK Sungai Bakap
JENTERA Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) (PHBN) membuka gelanggang ‘kempen’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap lebih awal apabila memulakan program Perpaduan Bermunajat. Walaupun hari penamaan calon hanya akan berlangsung pada 22 Jun, menandakan permulaan kempen secara rasmi sehingga hari pengundian pada 6 Julai, PHBN bertindak lebih awal untuk mendekati para pengundi. Program Perpaduan Munajat ini juga akan diisi dengan solat hajat sempena Pelancaran Jentera Perpaduan PHBN N20 Sungai Bakap. Langkah awal PHBN menganjurkan program di kawasan yang terletak di bawah Parlimen Nibong Tebal…
Read MorePas sudah ada calon PRK Sungai Bakap
PAPAR 8 Jun – Pas akan mengumumkan pada 16 Jun ini calon yang akan diputuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan, kata Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, senarai calon daripada kawasan telah dikemukakan dalam mesyuarat parti semalam. “Kebiasaannya kawasan akan hantar dua atau tiga nama, parti akan teliti kelayakan dan Majlis Syura akan mengesahkannya. Jika Majlis Syura anggap ketiga-tiga calon layak, parti akan buat keputusan mana yang terbaik. “Insya-Allah pengumuman calon akan dibuat pada 16 Jun dan pelancaran jentera…
Read MoreAidiladha 17 Jun di Brunei, Indonesia, Singapura
KUALA LUMPUR 8 Jun – Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura mengumumkan akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 8 Zulhijah 1445 bersamaan 17 Jun 2024. Keputusan tersebut diumumkan pihak berkuasa masing-masing selepas proses melihat anak bulan Zulhijah semalam. Di Brunei Darussalam, Menteri Hal Ehwal Ugama, Awang Badaruddin Awang Othman selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam memaklumkan ketetapan 1 Zulhijah 1445 Hijrah pada Sabtu, 8 Jun 2024. Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik sahaja selesai persidangan mengenai hasil merukyah anak bulan Zulhijah 1445 Hijrah semalam yang melibatkan lima buah lokasi untuk melihat anak bulan…
Read MoreBerita pilihan…
Hak, kebebasan media kekal – PM
KUALA LUMPUR 8 Jun – Kerajaan sentiasa mendukung dan mempertahankan hak serta kebebasan media dalam memberi teguran dan kritikan, malah semangat itu kekal sejak prakemerdekaan negara, kata Anwar Ibrahim. Bagaimanapun tegas Perdana Menteri, kebebasan itu tidak boleh digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian negara termasuk menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum. “Pendirian saya dan rakan-rakan dalam jemaah menteri, tiada tindakan diambil atau kawalan terhadap ruang kebebasan wartawan dan media memberi pandangan, teguran dan kritikan. “Saya beri jaminan semangat (kebebasan media) itu kekal, walaupun timbulkan sedikit keresahan kerana ketegasan…
Read MoreAdibah Amin Tokoh Wartawan Negara
KUALA LUMPUR 8 Jun – Wartawan wanita veteran Adibah Amin diumumkan sebagai Tokoh Wartawan Negara pada Malam Wartawan Malaysia 2024 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2023 malam tadi. Dengan pengiktirafan itu, Khalidah Adibah Amin, 88 merupakan wartawan wanita pertama dipilih sebagai Tokoh Wartawan Negara, anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan tempatan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan anugerah itu kepada adik perempuan beliau Fadzilah Amin, yang mewakili kakaknya yang tidak dapat hadir berikutan faktor kesihatan. Adibah adalah anak kepada pejuang kemerdekaan Zainon Sulaiman atau Ibu Zain yang terkenal dengan kehebatannya dalam…
Read More