108,041 permit umrah

SEBANYAK 108,041 permit Umrah dikeluarkan antara 27 September hingga 1 Oktober, selepas aplikasi Eatmarna dilancarkan, demikian menurut kenyataan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Saudi Press Agency yang melaporkan perkara itu semalam, 2 Oktober menyatakan daripada jumlah tersebut, sebanyak 42,873 permit dikeluarkan untuk rakyat negara itu, manakala baki 65,128 permit kepada ekspatriat daripada pelbagai kerakyatan.

Berdasarkan laporan Saudi Gazette, sejam selepas dilancarkan, aplikasi itu mencatatkan sekitar 16,000 pendaftaran.

Manakala jumlah keseluruhan bagi individu yang sudah mendaftar dalam minggu pertama ia dilancarkan adalah 309,686, di mana 224,929 adalah pemohon dan 84,757 adalah orang yang mengiringi atau menemani mereka.

Dari segi usia pemohon dan pengiring atau peneman mereka, 35 peratus adalah orang yang berusia 60 tahun ke atas manakala yang berusia antara 31 hingga 40 tahun 26 peratus disusuli kumpulan usia antara 20 hingga 30 tahun 17 peratus dan yang berusia antara 41 hingga 50 peratus pula, 14 peratus.

Peratusan mereka yang berusia antara 51 hingga 60 tahun adalah yang paling rendah dalam kalangan pemohon berdaftar

Kementerian akan menerima kemasukan kumpulan pertama jemaah umrah ini mulai esok, 4 Oktober pada pukul 6 pagi (waktu tempatan).

Kementerian Haji dan Umrah mengeluarkan video untuk menerangkan mekanisma Aplikasi Umrah ′′ Eatmarna .

Related posts

Leave a Comment