ALOR SETAR 4 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Terdahulu, ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini. Kedua-dua pemimpin itu tiba bersama-sama di Wisma Darul Aman pada 5.40 petang dan disambut beberapa menteri Kabinet dan Exco kerajaan negeri. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan…
Read MoreDay: May 4, 2024
Kedudukan Indeks Kebebasan Media masih baik – Fahmi
TANJONG 4 Mei – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini. Katanya, kedudukan Malaysia di tangga ke-107 berdasarkan Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) semalam, tidak begitu teruk. “Kalau berada di tangga 107 (dalam Indeks Kebebasan Media), itu bagi saya pencapaian masih tidak memuaskan tetapi ia juga tidak terlalu teruk. Pada 2021, kita berada di tangga 119, manakala pada 2022 di tangga 113. Namun, kedudukan sekarang masih baik berbanding zaman pemerintahan…
Read MoreTerhempas semasa sesi latihan
IPOH 4 Mei – Insiden pesawat ringan terhempas di kawasan ladang getah di Hutan Simpan Gunung Besout dekat Sungkai di Tanjung Malim pagi ini dikatakan berlaku ketika sesi latihan penerbangan, kata Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri. Beliau memberitahu, ketika kejadian pesawat jenis Cessna 172 Skyhawk bernombor pendaftaran 9M-ADA milik syarikat Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA) yang berpangkalan di Ipoh sedang menjalani latihan penerbangan antara Ipoh dan Tanjung Karang di Selangor. Terdahulu, beliau berkata pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini pukul 7.59 pagi.…
Read MoreKes peras RM1.25 juta, 2 lagi polis ditahan
KUALA LUMPUR 4 Mei – Dua lagi anggota polis ditahan termasuk seorang berpangkat Inspektor susulan kes pemerasan RM1.25 juta ke atas individu yang disiasat berhubung kes mata wang kripto. Selain Inspektor, seorang lagi yang ditahan membabitkan anggota berpangkat Sarjan menjadikan keseluruhan lima ditahan setakat ini termasuk pegawai berpangkat Asisten Komisioner (ACP) susulan kes itu. Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengesahkan tangkapan terbaru itu untuk siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Beliau memaklumkan perintah reman selama empat hari juga diperoleh ke atas tiga pegawai kanan polis yang ditahan sebelum ini,…
Read MorePesawat ringan terhempas, 2 selamat
IPOH 4 Mei – Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai hari ini. Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berkenaan dan dua mangsa selamat “Kejadian berlaku pada jam 9.55 pagi dengan dua mangsa terbabit iaitu lelaki dan wanita telah dihantar ke Hospital Slim River,” katanya. Beliau berkata, setakat ini jenis pesawat belum dapat dipastikan.
Read MoreWan Saiful salahkan Fahmi punca kejatuhan
SEPANG 4 Mei – Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang mewakili Perikatan Nasional (PN) Wan Saiful Wan Jan mendakwa janji kerajaan PH-BN mengenai jaminan kebebasan media adalah palsu, malahan kebebasan itu dalam keadaan kritikal dan parah. Pada masa yang sama, ketua portfolio komunikasi PN itu turut menyalahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan kejatuhan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini. Wan Saiful merujuk laporan Pertubuhan Reporters Without Borders (RSF) yang mengeluarkan Indeks Kebebasan Media 2024, yang menunjukkan Malaysia merosot 34 tangga berbanding kedudukan ke-73 pada tahun lepas. “Bagi saya,…
Read MoreAda hutang tetapi bukan dengan ah long
HULU SELANGOR 4 Mei – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut mengaku ada berhutang untuk perniagaannya, namun bukannya dengan ah long. Justeru Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu menyifatkan dakwaan yang mengatakan beliau berhutang dengan ah long sebagai fitnah jahat, sama seperti mana yang berlaku pada hari penamaan calon minggu lalu. “Saya diserang apabila wartawan bertanyakan kepada saya mengenai sijil kelayakan akademik. Bukan saya tidak mahu komen tapi bukan masanya ketika itu dan saya tidak menipu. Termasuk…
Read MoreBerita pilihan….
Bina penghadang halang bergambar
FUJIKAWAGUCHIKO: Tindak tanduk pelancong yang gagal mematuhi peraturan asas menyebabkan pembinaan penghadang di sebuah bandar kecil bagi menghalang pemandangan paling terkenal di Jepun iaitu, Gunung Fuji. Penduduk tempatan mengadu tingkah laku buruk pelancong yang ‘gila bergambar’ di Fujikawaguchiko, tempat popular dalam kalangan pelancong asing mengambil gambar gunung yang tersergam indah di belakang kedai serbaneka Lawson. Pegawai tempatan dan penduduk berkata, walaupun bandar itu mengalu-alukan pelawat, mereka masih perlu berbuat sesuatu untuk menghalang pelancong melintas jalan semberono, mengabaikan lampu merah, membuang sampah, menceroboh, meletak kenderaan secara haram dan merokok di luar…
Read MoreKeluarga diraja UK kurangkan penaung
LONDON: Selepas melakukan semakan terhadap lebih 1,000 kumpulan badan amal dan pertubuhan yang dinaungi keluatga Diraja Britain, hanya lebih 830 akan dikekalkan oleh Raja dan Permaisuri, atau ahli keluarga Diraja yang lain. Menurut Istana Buckingham, semakan semula keluarga diraja sebagai Presiden atau penaung kumpulan amal atau pertubuhan itu dilakukan berikutan kematian Ratu Elizabeth. Untuk rekod, sebelum ini Elizabeth menjadi penaung kepada 492 pertubuhan manakala Raja Charles III sebanyak 441 dan isterinya, Ratu Camilla 100. Pertubuhan boleh memohon untuk mempunyai penaung Diraja bagi memberikan publisiti untuk kerja dan membantu pencapaian mereka…
Read More