LONDON: Selepas melakukan semakan terhadap lebih 1,000 kumpulan badan amal dan pertubuhan yang dinaungi keluatga Diraja Britain, hanya lebih 830 akan dikekalkan oleh Raja dan Permaisuri, atau ahli keluarga Diraja yang lain.
Menurut Istana Buckingham, semakan semula keluarga diraja sebagai Presiden atau penaung kumpulan amal atau pertubuhan itu dilakukan berikutan kematian Ratu Elizabeth.
Untuk rekod, sebelum ini Elizabeth menjadi penaung kepada 492 pertubuhan manakala Raja Charles III sebanyak 441 dan isterinya, Ratu Camilla 100.
Pertubuhan boleh memohon untuk mempunyai penaung Diraja bagi memberikan publisiti untuk kerja dan membantu pencapaian mereka diiktiraf secara meluas.
Antara yang akan mengekalkan hubungan Diraja mereka termasuk badan amal angkatan tentera terbesar, Royal British Legion; Dogs Trust; Jockey Club dan Wildlife Trust, sebuah pertubuhan alam semula jadi.
Nnn
