Lagi KK Mart diserang molotov cocktail’

KUANTAN 30 Mac – Sebuah lagi kedai serbaneka KK Mart yang baharu beroperasi dua minggu lalu di daerah ini, diserang dengan ‘molotov cocktail’ pada pukul 5.14 pagi ini menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu masuk kedai terbabit. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata, berdasarkan siasatan, ketika kejadian, dua kakitangan, masing-masing seorang lelaki dan wanita berada di dalam kedai. “Pada masa itu, secara tiba-tiba kakitangan wanita yang juga juruwang terkejut kerana ada satu balingan molotov cocktail dari luar premis dan jatuh di atas karpet…

Read More

Lihat anak bulan Syawal 9 April

KUALA LUMPUR 30 Mac – Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memaklumkan tarikh  melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 9 April di 29 lokasi di seluruh negara. Dalam kenyataan, hari ini, pejabat itu memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan MohorBesar Raja-raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Selasa, 9 April 2024 Masehi bersamaan 29 Ramadan…

Read More

9.8 juta kemas kini maklumat PADU

PUTRAJAYA  30 Mac  – Jumlah individu yang mengemas kini maklumat dalam Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan menjelang tarikh akhir pendaftaran esok, 31 Mac 2024. Menurut Facebook rasmi PADU, setakat pukul 11.59 malam tadi, lebih 9.8 juta rakyat di negara ini berjaya mengemas kini maklumat mereka. Selangor menjadi negeri paling tinggi mengemas kini PADU iaitu sebanyak 1.56 juta diikuti Johor (1.10 juta), Perak (0.98 juta), Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.83 juta) dan Kedah (0.76 juta). Negeri lain ialah Kelantan dengan 0.76 juta, Kuala Lumpur (0.57 juta), Pulau Pinang (0.56 juta),…

Read More

MAIWP taja 10,000 pulang raya di kampung

KUALA LUMPUR 30 Mac – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menaja perjalanan pulang 10,000 mahasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang, ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Aidilfitri. Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata menerusi program Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa itu, MAIWP memperuntukkan lebih RM1.6 juta. Katanya, lapan universiti terlibat iaitu Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP  (2,040 pelajar), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) (1,560), Universiti Malaya (UM) (1,800), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) (1,140). Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing…

Read More

200 anak muda ditawar umrah percuma

KOTA BHARU 30 Mac – Dua ratus anak muda bujang berpeluang menunaikan ibadah umrah secara percuma bersama Andalusia Travel jika mereka menghadiri solat jemaah tanpa gagal selama sebulan di Masjid Imanul Fai’zin, Kampung Padang Kala, di sini. Inisiatif itu akan bermula selepas Ramadan ini dan ia terbuka kepada anak muda yang tinggal di Kelantan dengan syarat berjemaah di masjid berkenaan. Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Ibrahim Mat Sin berkata, penyertaan terbuka kepada mereka yang berusia 20 hingga 35 tahun dan wajib hadir untuk solat Subuh, Maghrib…

Read More

200 terima zakat Andalusia Travel

KOTA BHARU 30 Mac – Andalusia Travel menyampaikan sumbangan zakat kepada 200 penerima pada satu Majlis Pemberian Zakat dan Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Kariah di Masjid Imanul Fai’zin, Kampung Padang Kala, di sini, malam semalam.. Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Ibrahim Mat Sin berkata, penerima zakat adalah dalam kalangan pelajar pendidikan khas, anak-anak tahfiz dan keluarga asnaf dari kawasan sekitar yang berkelayakan. “Pembahagian zakat serta majlis berbuka menjadi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak kami setiap tahun pada Ramadan membabitkan lokasi di seluruh negara,” katanya.…

Read More

Ada nelayan ambil dadah sebelum ke laut

PASIR PUTEH 30 Mac –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mendedahkan terdapat segelintir nelayan di negeri ini menyalahgunakan dadah dipercayai bagi mendapatkan tenaga sebelum turun ke laut untuk menangkap ikan. Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia Kelantan, Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, tindakan itu dikesan  hasil operasi bersepadu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia. Beliau memberitahu, sepanjang tahun ini bermula Januari hingga Mac, pihaknya  menahan 11 nelayan yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. “Hasil ujian air kencing dilakukan, 11 nelayan positif dadah methamphetamine,” katanya pada sidang media…

Read More