200 terima zakat Andalusia Travel

KOTA BHARU 30 Mac – Andalusia Travel menyampaikan sumbangan zakat kepada 200 penerima pada satu Majlis Pemberian Zakat dan Berbuka Puasa Bersama Asnaf dan Kariah di Masjid Imanul Fai’zin, Kampung Padang Kala, di sini, malam semalam..

Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Ibrahim Mat Sin berkata, penerima zakat adalah dalam kalangan pelajar pendidikan khas, anak-anak tahfiz dan keluarga asnaf dari kawasan sekitar yang berkelayakan.

“Pembahagian zakat serta majlis berbuka menjadi aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak kami setiap tahun pada Ramadan membabitkan lokasi di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, program di Masjid Imanul Fai’zin lebih bermakna kerana ia di bawah kelolaan Andalusia Travel dan, hampir RM100,000 diperuntukkan untuk mengadakan majlis berbuka puasa melibatkan 3,000 jemaah di masjid berkenaan.

Ibrahim berkata, penerima zakat adalah dalam kalangan pelajar pendidikan khas, anak-anak tahfiz dan keluarga asnaf dari kawasan sekitar yang berkelayakan.

“Besar harapan kami agar pembahagian zakat ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan serta boleh digunakan untuk perbelanjaan sepanjang puasa atau sebagai persediaan di Hari Raya,” katanya.

Dalam pada itu, imam Masjid Negeri Selangor Abdulkarim Almakki diundang khas bagi mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment