9.8 juta kemas kini maklumat PADU

PUTRAJAYA  30 Mac  – Jumlah individu yang mengemas kini maklumat dalam Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan menjelang tarikh akhir pendaftaran esok, 31 Mac 2024.

Menurut Facebook rasmi PADU, setakat pukul 11.59 malam tadi, lebih 9.8 juta rakyat di negara ini berjaya mengemas kini maklumat mereka.

Selangor menjadi negeri paling tinggi mengemas kini PADU iaitu sebanyak 1.56 juta diikuti Johor (1.10 juta), Perak (0.98 juta), Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.83 juta) dan Kedah (0.76 juta).

Negeri lain ialah Kelantan dengan 0.76 juta, Kuala Lumpur (0.57 juta), Pulau Pinang (0.56 juta), Pahang (0.55 juta), Terengganu (0.46 juta), Negeri Sembilan (0.42 juta), Melaka (0.30 juta), Perlis (0.11 juta), Putrajaya (0.3 juta) dan Labuan (0.2 juta).

PADU dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada 2 Januari lalu dan pendaftarannya dibuka sehingga esok bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini menjangkakan 10 juta akan mendaftar PADU sehingga akhir 31 Mac, selepas kerajaan sebelum ini berkata ia menyasarkan 29 juta orang untuk mendaftar.

Related posts

Leave a Comment