PKNS nafi roboh Kompleks PKNS Shah Alam

SHAH ALAM 18 Mac – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan laporan media sosial dan media massa yang mendakwa kononnya Kompleks PKNS Shah Alam yang berusia lebih empat dekad akan dirobohkan. Susulan itu PKNS dalam kenyataan hari ini kesal dengan laporan berkenaan dan akan membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkenaan penyebaran berita tidak benar ini. “PKNS ingin menegaskan bahawa tidak ada perancangan untuk merobohkan Kompleks PKNS ini. “Kompleks PKNS yang berusia 47 tahun itu, adalah salah satu mercu tanda di Shah Alam dan…

Read More

KUALA LUMPUR 18 Mac – Dr Mahathir Mohamad, 98 dibenarkan pulang hari ini selepas 53 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Menurut kenyataan pejabat bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu bagi menjalani rawatan akibat jangkitan yang memerlukan pemerhatian. Kenyataan dua perenggan itu menyebut Dr Mahathir dibenarkan pulang pukul 11.30 pagi ini selepas menjalani rawatan di IJN. Pada 20 Februari lalu, dilaporkan Dr Mahathir masih dalam pengawasan di IJN dalam menjalani proses pemulihan akibat jangkitan dialaminya. Pejabatnya turut berkongsi gambar terkini Dr…

Read More

5 hakim terima surat cara pelantikan

KUALA LUMPUR 18 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim, di Istana Negara, di sini, hari ini. Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera. Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan surat cara kepada tiga Hakim Mahkamah Tinggi, iaitu Su Tiang Joo, Alexander Siew How Wai dan Amelati Anak Parnell. Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana…

Read More

Mana lebih baik, boikot atau huru hara

SEPANG 18 Mac –  MCA sepatutnya menegur KK Mart, bukan pembela membabi buta kedai serbaneka itu berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,  Dr Mohd Puad Zarkashi, Dalam kenyataan dimuat naik melalui Facebook hari ini, beliau menempelak kenyataan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon meminta supaya tidak diperbesarkan isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ yang dijual di kedai serbaneka itu. Katanya, Sin Woon cuba memandai-mandai menjadi pembela kepada KK Mart, sedangkan isu itu adalah besar dan melukakan hati umat Islam. “Ini bukan membesar-besarkan isu.…

Read More

Kertas siasatan isu stoking kalimah Allah

KUALA LUMPUR 18 Mac – Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah. Timbalan Menteri Dalam Negeri,  Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata siasatan yang bertumpu kepada vendor atau pengedar produk berkenaan dimulakan selepas menerima 36 laporan daripada pelbagai pihak sejak beberapa hari lalu. “Polis Diraja Malaysia (PDRM) terima 36 laporan daripada pihak yang tidak berpuas hati terhadap penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart di Sunway, Selangor. Kita sentiasa memantau…

Read More

Pastikan 881 KK Super Mart mohon maaf

SEPANG 18 Mac – Pemuda UMNO meminta orang ramai memeriksa sama ada pengurusan kedai serbaneka KK Super Mart di kawasan masing-masing sudah menaikkan kenyataan permohonan maaf seperti yang dituntut dua hari lalu. Hari ini hari kedua kempen boikot dilancarkan pergerakan itu yang turut mendesak pengurusan KK Super Mart memasang kain rentang di semua 881 cawangannya di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stokin tertera kalimah ‘Allah’. Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart menaikkan kain rentang permohonan maaf…

Read More

Ramadan madrasah terbaik – Anwar

PUTRAJAYA 18 Mac – Ramadan menjadi madrasah terbaik untuk meningkatkan amalan selain menggilap semula kekuatan, keimanan, akhlak serta disiplin diri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Justeru beliau mengajak umat Islam negara ini menghayati Ramadan dengan menyantuni masyarakat yang kurang bernasib baik serta menambah sedekah serta amal jariah. “Kalau ada semangat Ramadan ini, benar-benar hidup, masalah dalam negara ini lebih terkawal, begitu juga kalau kita sudah uruskan keluarga di Malaysia ini, kita bolehlah sampaikan kepada rakan kita di luar,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini…

Read More

Karim keluar Warisan sertai Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU 18 Mac –  Pengerusi Tetap Parti Warisan Karim Bujang meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), semalam. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan itu menyerahkan borang keahlian Gagasan Rakyat kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang juga  Presiden parti itu. Penyerahan borang keahliannya dibuat pada Majlis Berbuka Puasa kepemimpinan tertinggi Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, petang semalam. Terdahulu, Hajiji turut mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di Bilik Mesyuarat Kinabalu, SICC. Karim, 70, mula menjadi ADUN Bongawan…

Read More