5 hakim terima surat cara pelantikan

KUALA LUMPUR 18 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim, di Istana Negara, di sini, hari ini.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan surat cara kepada tiga Hakim Mahkamah Tinggi, iaitu Su Tiang Joo, Alexander Siew How Wai dan Amelati Anak Parnell.

Turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said; Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat; Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim; serta Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Hanipah dan Vazeer Alam sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, manakala tiga yang lain sebelum ini adalah Pesuruhjaya Kehakiman.

Related posts

Leave a Comment