SEPANG 18 Mac – Pemuda UMNO meminta orang ramai memeriksa sama ada pengurusan kedai serbaneka KK Super Mart di kawasan masing-masing sudah menaikkan kenyataan permohonan maaf seperti yang dituntut dua hari lalu.
Hari ini hari kedua kempen boikot dilancarkan pergerakan itu yang turut mendesak pengurusan KK Super Mart memasang kain rentang di semua 881 cawangannya di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stokin tertera kalimah ‘Allah’.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart menaikkan kain rentang permohonan maaf dan akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan itu.
“Saya nak mohon anda semua cuba ‘check’ KK Super Mart di kawasan anda ada tak menaikkan kenyataan mohon maaf di kedai mereka? Cuba kongsi di sini,” katanya dalam satu hantaran di media sosialnya, hari ini.
Dalam hantaran yang sama, Dr Muhammad Akmal turut membidas tindakan individu yang cuba menjadi ‘hero’ mempertahankan isu itu dengan meminta jangan memperbesarkan isu berkenaan.
“Sangat memalukan sebab tunduk pada taukeh besar!!!,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau memaklumkan sehingga semalam sekurang-kurangnya 13 laporan dibuat di seluruh negara berhubung kes kalimah Allah pada stokin yang dijual di rangkaian kedai KK Super Mart.
“Kalau sebelum ini polis tidak boleh melakukan siasatan kerana tiada laporan polis, sehingga semalam sekurang-kurangnya 13 laporan telah dibuat di setiap negeri.
“Seluruh rakyat Malaysia menunggu apakah hasil siasatan dari laporan ini. Kami minta agar ia disiasat di bawah seksyen 298(A) Kanun Keseksaan dan diberikan hukuman yang sekeras-kerasnya agar ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang ingin bermain dengan isu 3R ini,” katanya.
Dalam hantaran yang sama, Dr Muhammad Akmal turut membidas tindakan individu yang cuba menjadi ‘hero’ mempertahankan isu itu dengan meminta jangan memperbesarkan isu berkenaan.
“Sangat memalukan sebab tunduk pada taukeh besar!!!,” katanya.
Terdahulu dalam hantaran berasingan beliau dilaporkan merujuk kenyataan Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon yang meminta Akmal supaya tidak “memperbesar-besarkan” isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah itu.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Chong Sin Woon berkata Akmal juga tidak seharusnya membuat gesaan agar rangkaian kedai itu diboikot secara semberono.
“Saya juga ingatkan Ketua Pemuda UMNO supaya tidak memperbesar-besarkan isu stoking KK Mart, dan jangan bermain taktik boikot membabi buta, jika tidak, yang menjadi mangsa tetap negara kita sendiri,” kata Chong
Dalam reaksinya, Akmal berkata : Mungkin isu ini kecil bagi kamu,tetapi bukan bagi kami. Yang dipersendakan adalah agama kami bukan kamu!!! Jika bab kamu pandai pula kamu pertahankan,bila bab kami kamu anggap perkara ini remeh Shame on u!!!,”
