KUALA LUMPUR 18 Mac – Dr Mahathir Mohamad, 98 dibenarkan pulang hari ini selepas 53 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut kenyataan pejabat bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu bagi menjalani rawatan akibat jangkitan yang memerlukan pemerhatian.

Kenyataan dua perenggan itu menyebut Dr Mahathir dibenarkan pulang pukul 11.30 pagi ini selepas menjalani rawatan di IJN.

Pada 20 Februari lalu, dilaporkan Dr Mahathir masih dalam pengawasan di IJN dalam menjalani proses pemulihan akibat jangkitan dialaminya.

Pejabatnya turut berkongsi gambar terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar dan menulis catatan.

Pada, 11 Mac lalu Dr Mahathir turut membuat hantaran di media sosial dan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di negara ini.

Nnn

Related posts

Leave a Comment