Gelombang haba di Pokok Sena, Kedah

PUTRAJAYA 16 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, kawasan Pokok Sena di Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba setakat pukul 4.30 petang ini. Menurut MetMalaysia, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. Dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya, suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu turut direkod di 17 kawasan Semenanjung iaitu seluruh Perlis; Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah. Di Perak melibatkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan…

Read More

Larangan jual coklat Slymchoco atau Slymochoco

PUTRAJAYA 16 Mac – : Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penjualan dan penggunaan produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco yang dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine,  sejenis sebatian kimia yang bertindak sebagai pemendam rasa lapar atau selera makan. Dalam kenyataannya hari ini, KKMmengingatkan semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk terbabit supaya menghentikan serta-merta penjualan semua produk berkenaan dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan. Di samping itu, semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan itu. Pada masa yang…

Read More

5.02 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 16 Mac – Sebanyak 5.02 juta orang daripada 30.08 juta individu telah membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat pukul 11.59 malam, 15 Mac 2024. Pendaftaran PADU dilancarkan pada 2 Januari lalu dan dibuka sehingga 31 Mac ini untuk bukan penjawat awam, manakala pendaftaran untuk kakitangan kerajaan pula sudah berakhir yang menyaksikan 1.2 juta atau kira-kira 80 peratus mendaftar. Berdasarkan bancian 2023, Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 33 juta penduduk, meliputi 7.7 juta berusia 14 tahun dan ke bawah, 15 hingga 64 tahun (23.1 juta) dan 2.4…

Read More

Kurma mentega tidak boleh jadi amalan

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pengambilan kurma dimakan bersama mentega tidak boleh dijadikan amalan dalam pemakanan, demikian nasihat Pensyarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin. Beliau mengakui kurma bagus kerana mempunyai gula kompleks, tetapi apabila digabungkan dengan mentega yang mengandungi lemak tinggi, ia boleh mendatangkan masalah lain. “Kalau setakat nak mencuba satu…. tak ada masalah tetapi kalau setiap kali berbuka dan setiap kali bersahur, jadikan amalan mendatangkan masalah lain pula,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV…

Read More

Kering dan panas di Singapura

SINGAPURA 16 Mac –  Cuaca kering dan panas diramalkan berterusan untuk beberapa hari pertama pada dua minggu akan datang di mana suhu maksimum harian dijangka melebihi 35 darjah Celsius pada sejumlah hari. Dalam kebanyakan hari, suhu maksimum harian diramal antara 34 hingga 35 darjah Celsius. Khidmat Meteorologi Singapura (MSS) dalam kenyataan memberitahu, hujan berserta guruh pada kadar sederhana diramalkan pada beberapa hari di sebelah petang, terutama pada minggu terakhir Mac. Menurut MSS, jumlah curahan hujan bagi baki bulan ini dijangka bawah purata di seluruh negara. Dalam penilaiannya terhadap cuaca pada…

Read More

Malaysia kecam serangan bantuan kemanusiaan

PUTRAJAYA 16 Mac – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara tidak bertanggungjawab yang dilakukan rejim Israel ke atas kem Al-Nuseirat di Semenanjung Gaza kelmarin. Wisma Putra dalam kenyataan berkata serangan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan lapan rakyat Palestin terkorban dan mencederakan lebih 20 lagi yang merupakan petugas. Petugas itu sedang dalam persiapan untuk mengagihkan bekalan makanan yang amat diperlukan dan disumbangkan oleh rakyat Malaysia melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan untuk Rakyat Palestin (AAKRP) dan diuruskan oleh Ops Ihsan (gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan – NGO Malaysia). Malaysia menyifatkan tindakan keganasan oleh Israel terhadap…

Read More

Australia sambung biaya UNRWA

ISTANBUL: Ketika orang ramai sedang kelaparan di Gaza, Australia menyambung semula pembiayaan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Menteri Luar, Penny Wong dalam satu kenyataan berkata, kerajaan sedang bertindak balas terhadap situasi kemanusiaan yang genting dan semakin teruk di Gaza. Keputusan untuk menghentikan sementara pembiayaan dibuat berikutan langkah untuk meningkatkan integriti operasi UNRWA. Selain pembiayaan sebanyak AS$6 juta kepada UNRWA, Canberra membantu Jordan dan UAE dalam usaha menyampaikan bantuan kemanusiaan penting kepada penduduk Gaza. Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Australia akan menghantar 140 payung…

Read More