5.02 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 16 Mac – Sebanyak 5.02 juta orang daripada 30.08 juta individu telah membuat pengemaskinian maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat pukul 11.59 malam, 15 Mac 2024.

Pendaftaran PADU dilancarkan pada 2 Januari lalu dan dibuka sehingga 31 Mac ini untuk bukan penjawat awam, manakala pendaftaran untuk kakitangan kerajaan pula sudah berakhir yang menyaksikan 1.2 juta atau kira-kira 80 peratus mendaftar.

Berdasarkan bancian 2023, Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 33 juta penduduk, meliputi 7.7 juta berusia 14 tahun dan ke bawah, 15 hingga 64 tahun (23.1 juta) dan 2.4 juta individu berusia 65 tahun dan ke atas.

Related posts

Leave a Comment