KUALA LUMPUR 13 Mac – Pengiktirafan bak kut teh sebagai hidangan warisan negara tiada kaitan dengan isu bangsa atau agama, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Tiong King Sing. Beliau berkata, bak kut teh bukan satu makanan yang baharu dan pengiktirafan berkenaan dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). “Kita tahu bahawa makanan bak kut teh dalam masyarakat ini, ada yang halal, yang tidak halal, bak kut teh vegetarian pun ada. Perdana Menteri menubuhkan Kerajaan Madani, semua kaum kita jaga. Saya rasa tidak payah jelaskan panjang lebar,” katanya…
Read MoreDay: March 13, 2024
Bahasa Melayu Tiong King Sing teruk?
KUALA LUMPUR 13 Mac – Beberapa anggota pembangkang mendakwa penguasaan bahasa Melayu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing lemah ketika beliau menggulung perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya. Dakwaan itu membuatkan sidang Dewan Rakyat kecoh malahan dalam reaksinya King Sing enggan meneruskan jawapan secara lisan terhadap isu dibangkitkan sebaliknya akan memberi jawapan bertulis. Isu itu mula dibangkitkan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dengan mendakwa penerangan diberikan King Sing tidak jelas dan sukar difahami wakil rakyat di blok pembangkang. Katanya, beliau bimbang sebutan dan penerangan yang tidak jelas oleh menteri…
Read MoreKampong Baru sebagai Bandar Melayu KL
KUALA LUMPUR 13 Mac – Kerajaan tidak bercadang untuk mengangkat Kampong Baru sebagai tapak warisan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pengiktirafan UNESCO akan menyebabkan sebarang cadangan pembangunan Kampong Baru tidak dapat diteruskan. Justeru katanya, kawasan berusia 125 tahun itu akan dipromosikan sebagai bandar Melayu dalam Kuala Lumpur. Menjawab soalan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak), beliau menjelaskan pengiktirafan warisan mempunyai tiga peringkat bermula daripada tapak warisan, yang diberikan oleh Jabatan Warisan Negara, diikuti oleh warisan negara, yang…
Read MoreTidak cadang tutup TikTok
KUALA LUMPUR 13 Mac – Kerajaan buat masa ini tidak berhasrat menutup mana-mana platform media sosial termasuk TikTok, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Beliau maklum terdapat beberapa negara seperti China dan India yang menamatkan TikTok atas sebab-sebab tertentu. Fahmi menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (BN-Batu Pahat) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan akan menutup TikTok dan media sosial lain yang memudaratkan seperti yang sudah dilaksanakan beberapa negara. Beliau bagaimanapun berharap, kerjasama lebih baik oleh platform media sosial berkaitan beberapa isu keselamatan. “Beberapa langkah sedang dipertimbangkan kerajaan termasuk dalam isu…
Read MoreRamadan..
Israel kerah polis ke Al-Aqsa menjelang Jumaat
BAITULMAQDIS: Polis Israel akan mengerahkan ribuan anggotanya ke seluruh Kota Lama Baitulmaqdis menjelang solat Jumaat pertama Ramadan di masjid Al-Aqsa. Media melaporkan, jurucakap polis, Mirit ben Mayor memberitahu beribu-ribu anggota akan berada di kawasan Temple (nama diberikan Israel bagi kawasan menempatkan Masjid Al-Aqsa) Tambah beliau, ratusan pegawai polis sudah ditempatkan di Kota Lama timur Baitulmaqdis sejak bermulanya hari pertama Ramadan Isnin lalu. Menurut Ben Mayor, dianggarkan seramai 25,000 jemaah sudah menunaikan solat di masjid pada permulaan bulan puasa sempena ketibaan Ramadan tanpa sebarang kejadfian tidak diingini. Minggu lalu, Pejabat Perdana…
Read MoreBerita pilihan…
2.1 juta pekerja asing didaftar Imigresen
KUALA LUMPUR 13 Mac – Sebanyak 2,123,049 pekerja asing aktif didaftarkan Jabatan Imigresen sehingga 15 Februari lalu, yang meliputi lima negara tertinggi iaitu Bangladesh, Indonesia, Nepal, Myanmar dan India. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah adalah satu kesalahan dan melanggar peruntukan di bawah Akta Imigresen 1956/63. Beliau berkata pekerja asing yang tidak memenuhi syarat-syarat pas dan melakukan sebarang kesalahan imigresen bertentangan dengan peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Katanya, dalam memastikan…
Read MoreAS umum bantuan kecemasan Ukraine
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mengumumkan penghantaran pakej senjata kecemasan bernilai AS$300 juta (RM1.4 bilion) untuk menyokong Ukraine menentang pencerobohan Russia. Penghantaran itu tetap dibuat walaupun Kongres menyekat bantuan lanjut, manakala pemimpin Poland yang melawat Rumah Putih memberi amaran mengenai ancaman yang semakin meningkat dari Russia terhadap keseluruhan Eropah. Biden berkata, penghantaran sistem sekatan peluru berpandu, dan peluru untuk Kyiv ‘tidak mencukupi’ serta akan habis dalam tempoh beberapa minggu, mengakibatkan Ukraine dapat dikalahkan tentera penceroboh Presiden Russia, Vladimir Putin. Demokrat menggesa Republikan berhenti menyekat pakej bantuannya yang lebih…
Read More