Israel kerah polis ke Al-Aqsa menjelang Jumaat

BAITULMAQDIS: Polis Israel akan mengerahkan ribuan anggotanya ke seluruh Kota Lama Baitulmaqdis menjelang solat Jumaat pertama Ramadan di masjid Al-Aqsa.

Media melaporkan, jurucakap polis, Mirit ben Mayor memberitahu beribu-ribu anggota akan berada di kawasan Temple (nama diberikan Israel bagi kawasan menempatkan Masjid Al-Aqsa)

Tambah beliau, ratusan pegawai polis sudah ditempatkan di Kota Lama timur Baitulmaqdis sejak bermulanya hari pertama Ramadan Isnin lalu.

Menurut Ben Mayor, dianggarkan seramai 25,000 jemaah sudah menunaikan solat di masjid pada permulaan bulan puasa sempena ketibaan Ramadan tanpa sebarang kejadfian tidak diingini.

Minggu lalu, Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata jemaah Islam akan dibenarkan untuk mengakses masjid Al-Aqsa dengan jumlah sama seperti tahun-tahun sebelumnya pada minggu pertama Ramadan.

“Setiap minggu akan ada penilaian situasi dari segi keselamatan dan keputusannya akan dibuat dengan sewajarnya,” katanya.

Bagaimanapun menurut polis dalam satu kenyataan, penduduk Palestin yang hadir ke Masjid Al-Aqsa dari Tebing Barat yang diduduki dijangka menghadapi beberapa sekatan.

Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita lebih 50 tahun ke atas dari wilayah itu dibenarkan memasuki perkarangan masjid ‘atas sebab keselamatan’, .

Menteri Keselamatan Israel berhaluan kanan Israel, Itamar Ben Gvir pula sebelum ini menggesa sekatan lebih ketat ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat, dengan mengatakan mereka ‘tidak seharusnya dibenarkan’ memasuki Baitulmaqdis untuk beribadat semasa bulan Ramadan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment