5,725 kes kumulatif 203,933

PUTRAJAYA 29 Jan. – Sebanyak 5,725 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini,  jumlah kes baharu tertinggi pernah dicatatkan sekaligus menjadikan jumlah  keseluruhan kes 203,933 dengan jumlah kes aktif sebanyak 45,478.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu 3,126 kes atau 54.6 peratus.

Daripada jumlah ini, sebanyak 2,559 kes (81.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 419 kes (7.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara.

Daripada 5,725 kes baharu itu, 5,718 kes merupakan kes tempatan manakala tujuh adalah kes import melibatkan lima warganegara dan dua bukan warganegara.

Beliau juga memaklumkan, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 3,423 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.

Sebanyak 16 kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adaah sebanyak 733 kes atau 0.36 peratus.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan kes di Selangor, dua kes di Sabah, dan masing-masing satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Kelantan, dan Perak.

Kesemua kes kematian tersebut melibatkan warganegara.

 

Related posts

Leave a Comment