Gabenor BNM akan jawab prestasi ringgit

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata soalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Beliau memberitahu demikian ketika menjawab pertanyaan media di sini selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam di sini hari ini.

Mata wang tempatan terus merekodkan prestasi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini.

Pada pukul 9 pagi tadi, ringgit berkurangan kepada 4.7870/7930 berbanding dolar AS daripada 4.7850/7890 semasa ditutup pada Isnin.

Penurunan berterusan ringgit berpotensi meletakkan mata wang tempatan itu melepasi rekod paras terendahnya ditambah pula dengan kelemahan eksport serta pengukuhan dolar AS.

Ringgit hanya berada dua peratus lagi untuk mencecah RM4.8850 setiap dolar AS, paras kali terakhir dilihat pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau

Mata wang tempatan telah jatuh hampir empat peratus tahun ini.

Related posts

Leave a Comment