3.61 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 20 Feb. – Sehingga pukul 11.59 malam tadi (19 Februari), sebanyak 3.61 juta daripada 30.08 juta orang telah mengemaskini maklumat  dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU)

Pendaftaran PADU dibuka sehingga 31 Mac depan untuk bukan penjawat awam, manakala pendaftaran untuk kakitangan kerajaan pula yang berakhir Khamis lalu menyaksikan 1.2 juta atau kira-kira 80 peratus daripada 1.5 juta mendaftar.

Sistem PADU telah dilancarkan pada 2 Januari lepas dan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas boleh membuat pendaftaran dan kemas kini maklumat individu sehingga 31 Mac.

Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.

PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Related posts

Leave a Comment