SEPANG 23 Okt. – Isu pemansuhan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak boleh dilaksana menjadi pendirian Barisan Nasional (BN) sejak gabungan itu menerajui Kerajaan Persekutuan lagi.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata pendirian itu telah diperjelaskan sejak dahulu lagi, namun ramai yang tidak percaya malah mengutuk kerajaan ketika itu.
“Kita dah cakap lama dah sejak dari zaman BN (jadi) kerajaan dulu. Tapi tak nak percaya, malah kutuk lagi kerajaan ketika itu dan berbakul Najib dimaki dan dihina,” katanya melalui Facebook, hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud, berkata pemansuhan hutang PTPTN sukar dilaksanakan kerana kerajaan ketika ini mempunyai komitmen kewangan yang begitu besar.
Tambah Mustapha, pada masa sama kerajaan perlu mengambil kira komitmen peminjam yang sudah membayar hutang berkenaan.
Muhammad Akmal bagaimanapun berkata, mungkin cadangan semasa zaman BN menerajui Kerajaan Persekutuan dahulu boleh dipertimbang untuk dilaksanakan.
“…..untuk beri percuma (hutang PTPTN) kepada peminjam yang mendapat keputusan cemerlang dan pengurangan kepada peminjam yang lain terutama dari keluarga yang kurang kemampuan boleh diteruskan,” katanya.
Nn
