“Nak saya minta maaf? Teruskan bermimpi”

MELAKA 14 Feb. – Dr Muhamad Akmal Saleh tidak akan meminta maaf terhadap Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming seperti gesaan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui susulan isu Kampung Baru Cina di Selangor. Ketua Pemuda UMNO itu dalam satu kenyataan berkata, hasrat Ahli Parlimen itu hanyalah mimpi dan tidak akan terjadi (permohonan maaf). “Sendiri keluar kenyataan. Lepas tu kena bantah,then konon-konon jadi mangsa keadaan. Nak saya minta maaf?? Teruskan bermimpi,kerana itu tidak akan terjadi!!!,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya. Dalam laporan media hari ini, Yu Hui menggesa…

Read More

Prabowo anggap kemenangan rakyat

JAKARTA 14 Feb. – Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto yang secara tidak rasmi memenangi pilihan raya presiden berikrar untuk membangunkan pemerintah yang terdiri daripada “warga Indonesia yang terbaik”. Sambil menyifatkan ia adalah satu kemenangan bagi semua penduduk Indonesia, Prabowo yang bergandingan dengan Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Jokowi bersedia menjadi pemimpin untuk semua tanpa mengira latar belakang mereka. Dalam ucapan kepada penyokongnya di Istora Senayan, malam ini, beliau bersyukur dengan keputusan pilihan raya itu tetapi mengingatkan semua supaya tidak sombong sebaliknya sentiasa rebdah hati dengan keputusan yang dicapai. Keputusan tidak…

Read More

Nawaz namakan adik calon PM Pakistan

KARACHI 14 Feb. – Gabungan parti diketuai Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) bersedia membentuk kerajaan baharu untuk tempoh lima tahun selepas mendapat sokongan ahli Parlimen baru sekaligus untuk majoriti mudah di Dewan Negara. Susulan itu pemimpin PML, Nawaz Sharif 74, mencalonkan adik lelakinya Shehbaz, 72, yang juga bekas Perdana Menteri sebelum pilihan raya sebagai calon Perdana Menteri bagi gabungan itu. Walaupun tidak melantik dirinya sebagai Perdana Menteri, Nawaz bagaimanapun menamakan anak perempuannya, Maryam, 50 , sebagai Ketua Menteri Punjab, wilayah paling ramai penduduk dan kubu kuat kuasa politik keluarga Nawaz, Shehbaz sebelum…

Read More

Amanah umum barisan kepemimpinan Negeri

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, dilantik mengetuai barisan kepemimpinan  Amanah Pulau Pinang yang turut menyaksikan enam lagi negeri termasuk Wilayah Persekutuan mendapat Pengerusi baharu. Negeri-negeri yang turut dipimpin pengerusi baharu adalah Wilayah Persekutuan Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang dan Terengganu. Pelantikan yang menyaksikan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu adalah hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti itu malam tadi. Muhammad Faiz dalam kenyataan, berkata barisan kepemimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera…

Read More

Jokowi mengundi pilih Presiden baharu

JAKARTA 14 Feb. – Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan isteri Iriana Joko Widodo selesai mengundi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) 10, Kelurahan Gambir kira-kira pukul 8.55 pagi waktu tempatan. Di saluran TPS 10 tempat Jokowi mengundi itu mempunyai 120 orang pengundi di mana, daftar pemilih tetap (DPT) menunjukkan Jokowi didaftar sebagai pengundi nombor 50 manakala Iriana dengan nombor ke 47. Jokowi yang akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober ini berkata, ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, dan beliau mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman. “Alhamdulillah saya…

Read More

205 juta rakyat Indonesia memilih

JAKARTA 14 Feb. –  Kira-kira 205 juta warga Indonesia layak mengundi pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) hari ini serentak pada Pemilihan Umum (Pemilu) yang diisytiharkan hari cuti kebangsaan. Lebih 800,000 pusat mengundi akan beroperasi merentasi tiga zon waktu, setiap satu dibuka selama enam jam bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari,  dikendalikan oleh lebih 5.7 juta petugas pilihan raya. Mereka akan memilih sama ada Prabowo Subianto,  Anies Baswedan atau Ganjar Pranowo, dalam Pilihan Raya Presiden kelima sejak berakhirnya pemerintahan diktator Suharto pada 1998. Lebih 20,000 kerusi disediakan untuk direbut dari…

Read More

ICJ digesa kenakan tekanan ke atas Israel

JOHANNESBURG: Afrika Selatan menggesa Mahkamah Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan lebih banyak tekanan undang-undang ke atas Israel supaya menghentikan serangan ke atas Rafah. Pretoria sudah pun membuat aduan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, dengan mendakwa serangan rejim Zionis ke atas Gaza sama dengan pelanggaran Konvensyen Genosid. Bagaimanapun, mahkamah masih belum memutuskan isu asas, tetapi pada 26 Januari lalu ia mengarahkan Israel untuk memastikan mengambil tindakan melindungi orang awam Palestin daripada bahaya selanjutnya dan membenarkan bantuan kemanusiaan. Kempen Israel diteruskan, bagaimanapun tenteranya kini sedang bersiap…

Read More

Desakan antarabangsa desak gencatan senjata

GAZA: Tekanan antarabangsa terhadap Israel supaya bersetuju terhadap gencatan senjata semakin meningkat, ketika Israel bersedia memperluaskan operasi tentera di darat ke bandar Rafah di mana lebih sejuta rakyat Palestin terperangkap. Banyak negara menggesa Israel berhati-hati melakukan serangan darat, termasuk China, Jerman dan Norway, bagi memastikan tiada orang awam menjadi mangsa. Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA), William Burns bertemu dengan Ketua Mossad, David Barnea, di Kaherah, untuk pusingan baharu rundingan mengenai cadangan gencatan senjata yang diusahakan oleh Qatar. Pertemuan itu diadakan selepas Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi…

Read More