Amanah umum barisan kepemimpinan Negeri

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, dilantik mengetuai barisan kepemimpinan  Amanah Pulau Pinang yang turut menyaksikan enam lagi negeri termasuk Wilayah Persekutuan mendapat Pengerusi baharu.

Negeri-negeri yang turut dipimpin pengerusi baharu adalah Wilayah Persekutuan Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang dan Terengganu.

Pelantikan yang menyaksikan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu adalah hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti itu malam tadi.

Muhammad Faiz dalam kenyataan, berkata barisan kepemimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, pelantikan itu selaras peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti.

“Pelantikan ini telah melalui proses syura yang menjadi prinsip utama dalam pentadbiran Amanah, dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya.

Barisan baharu pemimpin parti negeri:

Johor: Aminolhuda Hassan

Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris

Kelantan: Adly Zahari

Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat

Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman

Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly

Perak: Datuk Asmuni Awi

Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim

Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil

Sabah: Lahirul Latigu

Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili

Selangor: Izham Hashim

Terengganu: Mohd Hasbie Muda

Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad.

Nnn

Related posts

Leave a Comment