Desakan antarabangsa desak gencatan senjata

GAZA: Tekanan antarabangsa terhadap Israel supaya bersetuju terhadap gencatan senjata semakin meningkat, ketika Israel bersedia memperluaskan operasi tentera di darat ke bandar Rafah di mana lebih sejuta rakyat Palestin terperangkap.

Banyak negara menggesa Israel berhati-hati melakukan serangan darat, termasuk China, Jerman dan Norway, bagi memastikan tiada orang awam menjadi mangsa.

Pengarah Agensi Risikan Pusat (CIA), William Burns bertemu dengan Ketua Mossad, David Barnea, di Kaherah, untuk pusingan baharu rundingan mengenai cadangan gencatan senjata yang diusahakan oleh Qatar.

Pertemuan itu diadakan selepas Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada Israel supaya tidak melakukan serangan darat ke atas Rafah tanpa rancangan untuk melindungi orang awam, yang mengatakan mereka tidak lagi tempat untuk pergi.

Selepas perbincangan Rumah Putih dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II, Presiden AS, Joe Biden, berkata orang awam di Rafah ‘perlu dilindungi’.

“Ramai orang di sana sudah berpindah – sebahagian besarnya beberapa kali, melarikan diri daripada keganasan di utara, dan kini mereka bersesak di Rafah” katanya.

Raja Abdullah mendesak gencatan senjata yang berkekalan diisytiharkan untuk menamatkan perang selama lebih empat bulan dan memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas Rafah ‘pasti menghasilkan satu lagi malapetaka kemanusiaan’.

Nnn

Related posts

Leave a Comment