Jokowi mengundi pilih Presiden baharu

JAKARTA 14 Feb. – Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan isteri Iriana Joko Widodo selesai mengundi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) 10, Kelurahan Gambir kira-kira pukul 8.55 pagi waktu tempatan.

Di saluran TPS 10 tempat Jokowi mengundi itu mempunyai 120 orang pengundi di mana, daftar pemilih tetap (DPT) menunjukkan Jokowi didaftar sebagai pengundi nombor 50 manakala Iriana dengan nombor ke 47.

Jokowi yang akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober ini

berkata, ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, dan beliau mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman.

“Alhamdulillah saya dan ibu Iriana telah melakukan pencoblosan dalam rangka pemilihan Presiden dan wakil Presiden, pemilihan DPR RI.

‘Ini pesta demokrasi rakyat Indonesia, jadi saya mengharapkan agar pemilihan hari ini berjalan lancar dan aman’ katanya, selepas selesai mengundi.

Pemilihan kepemimpinan baharu Indonesia memasuki fasa penting hari ini apabila kira-kira 204.8 juta pengundi layak untuk keluar mengundi di Tempat Pemungutan Suara (TPS) sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.

Sebanyak 820,161 TPS di 38 provinsi membuka pintu kepada para pengundi selama enam jam bermula 7 pagi sehingga 1 tengah hari.

Negara demokrasi ketiga terbesar di dunia ini bakal menentukan pengganti Presiden Jokowi yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober.

Related posts

Leave a Comment