140 anggota terlibat Op Selamat 21

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Seramai 140 anggota dan pegawai polis trafik akan ditugaskan dalam Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina termasuk di kawasan yang dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ dan ‘blackspot’. Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata polis Kuala Lumpur mengenal pasti 50 ‘hotspot’ (aliran trafik tinggi) dan 11 ‘blackspot’ (kawasan sering berlaku kemalangan) di ibu kota. Antara kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti adalah di Jalan Tun Razak/susur dari Bulatan Pahang, Jalan Cheras/Jalan Ikan Ayu, Jalan Kampung Kerinchi/Bangsar South dan Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang. Manakala antara…

Read More

Solat Jumaat dua sesi di 27 masjid

SINGAPURA 8 Feb. – Menjelang cuti Tahun Baharu Cina, sebanyak 27 masjid di Singapura akan menganjurkan dua sesi solat Jumaat esok, 9 Februari bagi menampung lebih ramai jemaah. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) sesi pertama akan diadakan pada pukul 1 tengah hari sementara sesi kedua akan bermula sama ada pada pukul 2 petang atau 2.15 petang. MUIS yang mengeluarkan senarai masjid yang mengadakan solat dua sesi  juga menjelaskan, tiada tempahan perlu dilakukan. Hanya sembilan masjid – semua masjid di Daerah Timur dan Masjid Ahmad di Daerah Barat – akan…

Read More

Mekanisme adil kepada penjawat awam

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Satu mekanisme lebih adil kepada semua penjawat awam baharu perlu dikemukakan di sebalik cadangan untuk memansuhkan skim berpencen kepada penjawat awam. Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan tidak seharusnya mengambil tindakan mengumumkan langkah, namun tidak disusuli sebarang mekanisme jelas pelaksanaannya. “Dalam keadaan rakyat terhimpit dengan masalah kos sara hidup, kamu bagi mereka tekanan, sabarlah sikit. Apa salahnya kalau kamu cari jalan. Dulu ada skim bantuan sara hidup (COLA), carilah jalan bantu. Yang baru nak masuk (penjawat awam) dia bagi kontrak, berapa lama tak tahu..apa mekanisme…

Read More

PN nafi lapan lagi akan sokong PM

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan lapan lagi Ahli Parlimennya akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelang pembukaan sidang Dewan Rakyat hujung bulan ini. Sebaliknya, Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Gantang,  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang membuat dakwaan seumpama itu sebagai ‘hilang akal’. “Dakwaan lapan lagi Ahli Parlimen itu dakwaan orang yang hilang akal. Dia sudah hilang akal, dia sudah sertai belah sana (blok kerajaan), jadi dia terpaksalah buat cerita lain. “(Ini) Datuk Seri Saifuddin (Abdullah, Ahli Parlimen…

Read More

Bangladesh tidak lagi terima pelarian Rohingya

DHAKA: Pelarian Rohingya dari Myanmar tidak lagi dibenarkan memasuki Bangladesh susulan jumlah besar pelarian yang sedia ada kini mengancam keselamatan negara itu sendiri. Menteri Pengangkutan Jalan dan Jambatan, Obaidul Quader, berkata, pelarian Rohingya kini menjadi beban lebih-lebih lagi bantuan antarabangsa juga sudah dikurangkan dengan ketara. Etnik Islam Rohingya yang menghadapi penganiayaan di Myanmar selama beberapa dekad mendorong hampir sejuta pelarian berlindung di Bangladesh. Mereka tinggal di kem yang sesak di daerah sempadan Bangladesh, Cox’s Bazar, kem pelarian terbesar di dunia yang kebanyakannya melarikan diri daripada tindakan keras tentera pada 2017.…

Read More

Dua mangsa terakhir ditemukan

TAPAH 8 Feb. – Operasi mencari dan menyelamat yang disambung pukul 8 pagi ini berjaya menemukan dua mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini. Mayat Hanna Mikayla Azam dan Hanum Marissa Azam masing-masing berusia tujuh dan dua tahun ditemukan pasukan penyelamat selang 10 minit, dengan mayat pertama dijumpai pukul 9 pagi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata, kedua-dua mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut seterusnya dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. Semalam, media melaporkan…

Read More

Terpulang kepada Surendran tinggalkan PKR

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Bekas Naib Presiden PKR, N Surendran berhak membuat keputusan meninggalkan parti itu, memandangkan beliau juga sudah tidak aktif dalam parti, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil. “Itu adalah keputusan beliau, saya berpandangan itu adalah haknya. Terpulang kepada beliau. Beliau pun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tidak terlibat, tidak aktif. Jadi, mungkin rasa sesuai untuk beliau guna platform lain. “Itu hak beliau, saya hormati keputusan beliau,” katanya yang juga Menteri Komunikasi ketika ditemui selepas menghadiri Sesi Libat Urus dan Jalinan Mesra bersama pengusaha-pengusaha pawagam, di…

Read More

2.76 juta kemas kini maklumat PADU

PUTRAJAYA 8 Feb. – Setakat semalam, 7 Februari, seramai 2.76 juta rakyat negara ini sudah membuat kemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sejak dilancarkan 2 Januari lalu Daripada jumlah itu, Selangor mendahului dengan 0.42 juta. .Semalam, Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata! sistem PADU mempunyai 30 juta nama penduduk dan perlu membuat pengesahan dan kemas kini maklumat masing-masing sehingga 31 Mac ini. “Kita ada rekod dalam pelbagai tempat, rakyat hanya perlu kemas kini maklumat seperti status perkahwinan, pekerjaan supaya kita dapat data yang tepat. Kita juga…

Read More

Bimbang data peribadi punca PADU rendah

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui kebimbangan butiran peribadi tidak dirahsiakan dipercayai antara punca jumlah pendaftaran dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) masih rendah. Malahan katanya, di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sendiri hanya 33.4 peratus daripada 24,471 warga kementerian itu dan agensi di bawahnya direkodkan berdaftar dalam sistem berkenaan. “Ya memang setakat ini 33.4 peratus daripada pegawai dan kakitangan KKDW yang sudah mendaftar PADU. “Tetapi kami sedang mengusahakan beberapa langkah… pada pertengahan bulan ini kita akan lakukan beberapa tindakan untuk memastikan 100 peratus (warga KKDW)…

Read More