Dua mangsa terakhir ditemukan

TAPAH 8 Feb. – Operasi mencari dan menyelamat yang disambung pukul 8 pagi ini berjaya menemukan dua mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor di sini.

Mayat Hanna Mikayla Azam dan Hanum Marissa Azam masing-masing berusia tujuh dan dua tahun ditemukan pasukan penyelamat selang 10 minit, dengan mayat pertama dijumpai pukul 9 pagi

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata, kedua-dua mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut seterusnya dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

Semalam, media melaporkan hasrat empat beranak untuk berkelah bertukar tragedi apabila si ibu, Aszura Bani, 37, ditemukan lemas, manakala tiga anaknya hilang dihanyutkan kepala air semasa beriadah di Sungai Kenjur kira-kira 4 petang.

Mayat mangsa kedua, Hafif Muhayat Azam yang berusia empat tahun ditemukan penduduk kampung pada pukul 9.50 malam tadi.

Selain mereka, tiga lagi individu yang turut terbabit terperangkap akibat kejadian sama iaitu kakak kepada Aszura, Aslinda Bani, 38, anak saudara, 11, dan pembantu rumah warga Indonesia berusia lingkungan 30-an ditemukan selamat.

 

(Foto JBPM)

Nnn

Related posts

Leave a Comment