Kes kematian tertinggi di India

NEW DELHI 19 Mei – India melaporkan kes kematian harian Covid-19 tertinggi hari ini,  19 Mei dengan merekodkan 4,529 kes dengan jumlah keseluruhan meningkat kepada 283,248 kes.

Sebanyak 267,334 kes baharu direkodkan di bawah angka 300,000 untuk hari ketiga berturut-turut dengan jumlah kes keseluruhan pula melebihi 25.49 juta.

Pihak berkuasa India berkata, kemampuan kerajaan mengekalkan jumlah kes jangkitan di bawah 300,000 kes dalam tempoh tiga hari berturut-turut adalah tanda gelombang jangkitan semakin terkawal.

“Keluk pandemik semakin stabil,” kata VK Paul, Ketua Pasukan Khas COVID-19 kerajaan.

Sementara itu Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) menyatakan seramai 2,008,296 penduduk menjalani saringan pada Selasa. Setakat ini, lebih 320 juta sampel diuji untuk Covid-19. 

Related posts

Leave a Comment