WHO bimbang perjanjian siapsiaga pandemik

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bimbang dengan kegagalan negara anggota mencapai perjanjian kesiapsiagaan pandemik menjelang Mei, kata Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus. Susulan itu, pada pembukaan mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO di Geneva, Dr Tedros mengingatkan “generasi seterusnya mungkin tidak dapat memaafkan kita”. Bagi mendepani pandemik Covid-19, 194 negara anggota WHO sedang merundingkan perjanjian antarabangsa yang bertujuan memastikan pihak berkuasa lebih bersedia untuk menangani malapetaka kesihatan seterusnya, atau mencegahnya sama sekali. Perancangan asal ialah memeterai perjanjian pada mesyuarat tahunan 2024 Perhimpunan Kesihatan Sedunia, pada 27 Mei ini. Bagaimanapun, beliau berkata,…

Read More

Isteri Daim sedia lawan tuduhan

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Isteri kepada bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin,  Na’imah Abdul Khalid mengesahkan beliau akan didakwa di mahkamah, pagi esok. Beliau berkata, pasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangannya di hospital suaminya dirawat. “Ini berlaku walaupun saya memberi jaminan kepada mereka saya akan memberi kenyataan sebaik sahaja prosedur perubatan suami saya selesai pada hari Selasa. “Saya kemudian diberitahu bahawa saya akan didakwa pada hari Selasa (esok) pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 36(2) SPRM 2009 kerana kononnya gagal mematuhi notis meminta untuk mendedahkan maklumat mengenai…

Read More

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di mana pada pukul 6 petang, ringgit mencecah paras terendah dalam 26 tahun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 ketika ditutup pada Jumaat dan berbanding paras terendah yang dicapai pada 1998. Ia seiring mata wang negara pesat membangun yang lain, berikutan pelabur memilih dolar AS didorong oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang penerbitan data AS lewat minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah AS. Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan…

Read More

Pertemuan istimewa mesyuarat pra-Kabinet

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menerima menghadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara. Menurut Istana Negara, sesi mesyuarat itu cukup istimewa buat kedua-dua pemimpin, khususnya kepada Al-Sultan Abdullah kerana ini kali terakhir sebelum baginda menamatkan tempoh pemerintahan yang berakhir 30 Januari ini. Sejak menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, baginda berangkat menghadiri mesyuarat pra-Kabinet sebanyak 160 kali dengan empat Perdana Menteri, termasuk sesi hari ini. Mesyuarat pra-Kabinet yang pertama dihadiri baginda adalah pada 13…

Read More

Pihak ada kuasa lebih sukar disiasat

PUTRAJAYA 23 Jan. – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah lebih sukar menyiasat mereka yang berkuasa terutama perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kanan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM berbanding yang bergelar Tun. Justeru bekas Perdana Menteri dua kali itu menafikan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kelmarin bahawa adalah sukar untuk menyiasat orang kenamaan termasuk yang ada gelaran Tun. Sebaliknya Dr Mahathir berkata, beliau sentiasa bersedia untuk disiasat jika benar wujudnya salah laku sepanjang beliau mentadbir negara sebelum ini. “Saya tidak setuju dengan kenyataan tidak mudah siasat Tun kerana saya mudah…

Read More

Mahathir cabar Anwar adakan PRU

PUTRAJAYA 22 Jan. – Dr Mahathir Mohamad mencabar Anwar Ibrahim supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi membuktikan Perdana Menteri ke-10 itu mempunyai sokongan kuat rakyat. Bekas Perdana Menteri dua kali itu membuat cabaran itu ketika pimpinan Anwar kini didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat berupaya menggugat kepimpinannya. “Apabila jadi PM, dia (Anwar) menggunakan ancaman terhadap orang ramai. Dia tidak tahu bagaimana untuk selesaikan masalah ekonomi, politik, sosial rakyat. “Dia (kata) nak lawan rasuah. Lawan rasuah selepas Zahid (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dilepaskan. “Kalau saya menyalahgunakan…

Read More

Siasat anak, untuk dakwa bapa?

PUTRAJAYA 22 Jan. – Dr Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat anaknya, Mirzan adalah untuk pengumpulan bukti bagi mendakwanya di mahkamah. Ketika mempertikaikan tindakan SPRM itu, bekas Perdana Menteri berkata Mirzan diminta untuk mengisytiharkan aset sejak 42 tahun lalu jika mahu mengelak dikenakan hukuman penjara. “Apa yang dia (Mirzan) buat? Dia suruh anak saya bagi bukti supaya ayah boleh dicaj. Anak saya kena caj, saya kena beri bukti. “Bukan main, daripada tahun 1981 sampai sekarang. Sudah tentu dia simpan dalam pejabatnya. Simpan dalam bilik yang penuh…

Read More

1.4 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 22 Jan. – Pusat Pangkalan Data Pusat (PADU) hanya menerima 1,427,124 pendaftaran setakat semalam (11.59 malam 21 Januari) menyumbang kira-kira 4.7 peratus daripada penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Sistem berkenaan yang dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pada 2 Januari lalu, menetapkan sasaran pendaftaran kira-kira 29.8 juta orang. Berdasarkan kemas kini terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hanya lima negeri mencatat pendaftaran melebihi 100,000 selepas 20 hari PADU dilancarkan. Selangor mempunyai jumlah teramai dengan 269,799 orang, Sarawak (173,557), Johor (147,628), Perak (125,082), dan Sabah (115,329). Negeri dengan pendaftaran bawah…

Read More

Tarif baharu air Terengganu naik 16 sen

KUALA TERENGGANU 22 Jan. – Tarif baharu air bagi kategori pengguna domestik di Terengganu naik 16 sen, termasuk caj elektrik bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ts Abdul Karim Endut, berkata kenaikan terbaharu selepas kali terakhir semakan dibuat 27 tahun lalu. Katanya, pelarasan itu akan menyaksikan caj minimum bagi pengguna domestik beralih daripada RM4 kepada RM5.80 sebulan. Bagi isi rumah yang menggunakan air sehingga 20 meter padu, katanya, caj bagi setiap meter padu akan beralih daripada 42 sen permeter padu…

Read More

QMSB institusi pelapor, tidak perlu lesen BNM

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Dakwaan bahawa aktiviti Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) diluluskan dan dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sama ada secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar. Ini kerana QMSB adalah institusi pelapor iaitu tidak bermakna produk dan aktiviti perniagaannya seperti produk dan dagangan emas adalah didaftarkan, diluluskan atau dilesenkan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM. Namun sebagai institusi pelapor ia dikehendaki melaksanakan langkah pencegahan untuk mengelakkan aktivitinya daripada disalahgunakan sebagai saluran bagi aktiviti pengubahan wang haram atau pembiayaan keganasan. Bank pusat itu berkata, ia…

Read More