Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di mana pada pukul 6 petang, ringgit mencecah paras terendah dalam 26 tahun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 ketika ditutup pada Jumaat dan berbanding paras terendah yang dicapai pada 1998.

Ia seiring mata wang negara pesat membangun yang lain, berikutan pelabur memilih dolar AS didorong oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang penerbitan data AS lewat minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah AS.

Ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding euro kepada 5.1516/1576 daripada 5.1324/1379 dan turun berbanding pound Britain kepada 6.0065/0134 daripada 5.9822/9886.

Ringgit turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1918/1957 daripada 3.1871/1907 ketika ditutup pada Jumaat.

Pada masa sama, mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5252/5298 daripada 3.5176/5216 dan menyusut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.3/302.8 daripada 301.9/302.4 ketika ditutup minggu lalu.

Ringgit juga merosot berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.43/8.44 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2493/2706 daripada 13.2733/2941 sebelum itu.

Related posts

Leave a Comment