1.4 juta daftar PADU

PUTRAJAYA 22 Jan. – Pusat Pangkalan Data Pusat (PADU) hanya menerima 1,427,124 pendaftaran setakat semalam (11.59 malam 21 Januari) menyumbang kira-kira 4.7 peratus daripada penduduk Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Sistem berkenaan yang dilancarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pada 2 Januari lalu, menetapkan sasaran pendaftaran kira-kira 29.8 juta orang.

Berdasarkan kemas kini terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hanya lima negeri mencatat pendaftaran melebihi 100,000 selepas 20 hari PADU dilancarkan.

Selangor mempunyai jumlah teramai dengan 269,799 orang, Sarawak (173,557), Johor (147,628), Perak (125,082), dan Sabah (115,329).

Negeri dengan pendaftaran bawah 100,000 ialah Kedah dengan 91,805 orang, Kuala Lumpur (83,878), Kelantan (78,743), Pulau Pinang (73,020), Pahang (69,568), Negeri Sembilan (66,013), Terengganu (62,204), Melaka (44,439), Perlis (15,177), Putrajaya (6,852), dan Labuan (4,030).

Untuk rekod, sejak pendaftaran PADU dibuka pada 2 Januari lalu, isu berkaitan keselamatan data sudah ditimbulkan, disusuli kebocoran data di media sosial membabitkan agensi kerajaan yang dengan sendirinya mencetuskan kebimbangan umum.

Nn

Related posts

Leave a Comment