Malaysia gesa gencatan senjata di Gaza

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Anwar Ibrahim menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera di Gaza dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan. Perdana Menteri melalui perbualan telefon bersama Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, semalam juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin. “Mengambil kira situasi yang teruk di Gaza, saya sangat menyokong pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah. “Selain itu, penting juga bagi Israel untuk mengenepikan sikap mereka terhadap politik perampasan, selain (memastikan) gencatan senjata serta-merta dengan Hamas dan benar-benar berusaha…

Read More

Dua juta terdedah penyakit bawaan air

NEW YORK: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) bimbang. dengan penularan penyakit bawaan air jika bekalan air bersih terus tidak tersedia di Semenanjung Gaza. Ini berikutan kekurangan air di Semenanjung Gaza di bawah sekatan Israel memaksa orang ramai minum daripada sumber tercemar, kotor dan boleh membawa kepada penularan penyakit. “Terus tiada air untuk sebahagian besar penduduk di Gaza,” kata jurucakap UNRWA Juliette Touma kepada pemberita di New York dalam sidang video dari Amman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini berkata air, bahan api dan elektrik akan kehabisan…

Read More

50,000 wanita hamil hadapi kesulitan

GAZA: Kira-kira 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza tidak memperoleh akses perkhidmatan kesihatan asas berikutan pergolakan yang sedang berlaku Menurut Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), kira-kira 5,500 yang dijangka bersalin bulan ini, bergelut untuk mendapatkan khidmat jagaan kesihatan. Wakil UNFPA untuk Palestin, Dominic Allen, berkata sistem jagaan kesihatan di Gaza kini diambang kemusnahan.  “Bayangkan kesukaran yang mereka lalui dalam peringkat akhir untuk bersalin, dengan kemungkinan komplikasi, tanpa pakaian, kebersihan, sokongan dan tiada kepastian mengenai keadaan mereka dan anak yang bakal lahir,” kata Allen.  Menurut Allen, ada segelintir bidan tidak dapat datang ke…

Read More

Mumtaz sebak ketika menyentuh nasib rakyat Palestin

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Semoga Allah menyelamatkan negara dan rakyat Palestin. Bertabahlah sahabat dan saudara kita di sana,” kata Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) di Dewan Rakyat, hari ini. Ketika memulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024, beliau tidak dapat menahan air mata ketika menyentuh nasib rakyat Palestin yang  sedang dizalimi rejim Zionis. Mumtaz berkata, rakyat Palestin sudah berdepan kezaliman akibat kekejaman Israel hampir 70 tahun, namun tiada sesiapa yang dapat melindungi mereka termasuk masyarakat antarabangsa berdasarkan undang-undang dan fitrah kemanusiaan. Katanya, rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak berdepan serangan rejim…

Read More

Dakwaan ugut: Panggil Iskandar Dzulkarnain

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Dewan Rakyat diminta memanggil Datuk Iskandar Dzulkarnain (PN Kuala Kangsar) berhubung dakwaan diugut untuk menyokong kerajaan atau berdepan pendakwaan kesalahan rasuah. Gobind Singh Deo (PH-Damansara) berkata, Dewan Rakyat mempunyai kuasa mengikut Seksyen 4 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan Seksyen 29 yang membawa kepada penghinaan Dewan. Pada 12 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut dan berlaku intimidasi terhadap beliau di…

Read More

PBGN urus bencana secara berkesan

KUALA LUMPUR 16 Okt. –  Penubuhan Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) akan membolehkan pengurusan bencana dilaksanakan secara berkesan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. Katanya, ia bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani impak keterancaman perubahan iklim global dalam mengurangkan kesan bencana, selain memperkukuh tahap keselamatan serta kesejahteraan rakyat. “PBGN menyediakan khidmat kepakaran teknikal yang khusus dan cekap dalam bidang penilaian serta forensik bencana, geologi kejuruteraan, aplikasi teknologi satelit serta penderiaan jauh, analisis pemodelan serta rangkaian sistem amaran awal, data raya dan bidang berkaitan,” katanya.…

Read More

Usia calon Presiden, Naib Presiden Indonesia kekal

JAKARTA: Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak petisyen yang menuntut usia minimum bagi calon presiden dan naib presiden, diturunkan kepada 35 tahun, berbanding syarat kelayakan itu pada usia 40 tahun. Berikutan keputusan itu, ia sekali gus menutup peluang kepada anak sulung Presiden Joko Widodo yang berusia 36 tahun untuk bertanding naib presiden pada pilihan raya Presiden tahun depan. Ketua Hakim Negara, Anwar Usman, yang juga abang ipar Jokowi, mengetuai panel membabitkan sembilan hakim, dan menetapkan untuk menolak petisyen bagi menurunkan usia minimum kepada 35 daripada 40 tahun. Menurut barisan hakim, penetapan had…

Read More