Majlis rasmi, bengkel dibenarkan

KOTA KINABALU 4 Okt. – Mulai hari ini, Sabah membenarkan majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Beliau berkata kebenaran itu adalah mengikut syarat iaitu semua yang hadir lengkap divaksin dengan kapasiti 50 peratus ruang premis.

“Bagi individu belum divaksin atas masalah kesihatan atau perubatan yang disahkan pegawai perubatan berdaftar, perlu menjalani ujian pramajlis menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan,” katanya.

Dalam kenyataannya malam tadi, beliau yang juga jurucakap Covid-19 Sabah berkata jumlah kes harian Covid-19 semalam kekal tiga angka dengan 767 kes, menurun berbanding kelmarin sebanyak 784 kes.

Katanya, trend penurunan kumulatif kes Sabah semalam sejajar dengan jumlah daerah yang mencatatkan penurunan iaitu 15 daerah, manakala 11 daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan dan satu daerah, Kinabatangan mengekalkan catatan sebagaimana kelmarin.

Related posts

Leave a Comment