KUALA LUMPUR 16 Okt. – Anwar Ibrahim menegaskan, sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan apa sahaja yang perlu untuk menyelesaikan kezaliman yang berlaku terhadap rakyat Palestin akibat peperangan dengan Israel. Perdana Menteri berkata, perbincangan dengan wakil-wakil negara yang terlibat telah menunjukkan keresahan yang sedang meluap dan jalan buntu kerana Israel diberikan sokongan penuh oleh Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan seolah-olah kerajaan enggan menghantar pasukan tentera ke Gaza apabila ada dalam kalangan di Malaysia juga menyatakan suara bahawa kita enggan menghantarkan pasukan tentera. “Kepemimpinan tentera…
Read MoreYear: 2023
10 peratus orang kaya nikmati subsidi
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Anwar Ibrahim menegaskan pemberian subsidi seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2024, diperbaharui untuk memastikan langkah penjimatan negara berhasil dan mampu dimanfaatkan sepenuhnya kepada rakyat. Perdana Menteri berkata, rencana baharu subsidi itu juga harus dilaksanakan memandangkan ia turut dinikmati oleh kira-kira 10 peratus golongan yang tidak layak (kumpulan kaya dan berpendapatan tinggi), 3.5 juta warga asing dan ketirisan ke negara jiran. “Sejumlah RM81 bilion subsidi diberikan kerajaan, tertinggi di dunia. Walaupun saya dikecam ‘bila kita jadi kerajaan hari ini, minyak akan turun esok’, ia satu konteks…
Read MoreNasihat berjimat kepada penjawat awam
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Anwar Ibrahim menasihatkan penjawat awam supaya terus melakukan langkah-langkah penjimatan bagi memastikan dana awam tidak dibazirkan. Perdana Menteri berkata, soal pembaziran tidak boleh dilihat dalam konteks yang besar sahaja sebaliknya isu kecil seperti menutup lampu pejabat dan pemberian pen mengikut jawatan juga perlu dilakukan. “Membazir tidak perlu yang besar, macam menggunakan elektrik seperti ‘ayah kita yang bayar’. Contohnya, beri lima batang pen kepada ketua jawatan tetapi Ketua Setiausaha, 10; menteri, 15; Perdana Menteri, 20. “Itu semua kita kena baiki sebab ia adalah dana awam,” katanya…
Read MoreTiada lagi peranti di meja, tiada lagi ‘live’
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Ahli Parlimen tidak lagi dibenarkan untuk membuat penstriman langsung di media sosial menggunakan peranti peribadi ketika menyampaikan ucapan pada sesi persidangan Dewan Rakyat. Ketetapan itu dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 35 (1), yang mana Ahli-ahli Parlimen yang berucap perlu mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi. Sejak kebelakangan ini, pemerhatian mendapati trend Ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di meja masing-masing untuk membuat perstriman langsung semakin meningkat sejak kebelakangan ini. “Untuk makluman, ucapan Yang Berhormat boleh ditonton melalui siaran langsung…
Read MoreBerita pilihan…
Kedutaan Malaysia di Lubnan siap siaga
KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan kini diarahkan bersiap siaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di negara itu berikutan konflik Palestin – Israel yang berterusan. Wisma Putra dalam kenyataan berkata kerajaan mengarahkan pihak kedutaan yang berpangkalan di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kawasan di Selatan Lubnan turut menjadi serangan pihak Israel. Terdapat 12 rakyat Malaysia yang bermastautin di Lubnan dan pihak Kedutaan Besar Malaysia di sana sudah berhubung rapat dengan mereka. “Kerajaan turut mengarahkan pihak kedutaan memantau keadaan pasukan pengaman ATM-PBB iaitu MALBATT yang berkhidmat di…
Read MoreVideo lama ATM ke misi UNIFIL
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan pembabitannya ke Palestin seperti yang tular di media sosial semalam. Markas ATM dalam kenyataan malam tadi berkata pihaknya mengesan video tular berdurasi satu minit 36 saat yang disiarkan di platform TikTok menerusi akaun milik adamjohan64 (@adamofficial64). “ATM sudah meneliti kandungan video berkenaan dan mendapati ia video lama mengenai anggota ATM yang ditugaskan ke misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bagi Kumpulan Malaysian Battalion 850- 10 (MALBATT 850-10) ke Lubnan pada 2022. “Justeru, ATM menafikan kandungan video tular berkenaan dan mengesahkan ia…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 16.10.2023
SST tambah beban kewangan rakyat – MCA
KUALA LUMPUR 15 Okt. – Banyak aspek kehidupan harian rakyat akan terkesan berikutan peningkatan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam kepada lapan peratus yang secara langsung menambahkan beban kewangan mereka. MCA, dalam kenyataan menerusi jurucakapnya, Saw Yee Fung, menegaskan walaupun makanan, minuman dan komunikasi dikecualikan kenaikan kadar SST ini, namun rakyat masih perlu membayar kos asas hidup lain. Ini termasuk pembayaran balik kad kredit, insurans, perubatan, logistik, e-hailing, tiket penerbangan, penginapan, internet dan perkhidmatan profesional seperti nasihat perundangan dan perakaunan. “Maka semua aspek kehidupan harian akan terkesan daripada…
Read MoreSediakan 200,000 hektar sawah baharu
JOHOR BAHRU 15 Okt. – Kerajaan perlu menyediakan 200,000 hektar sawah baharu supaya negara berupaya mencapai tahap sara diri (SSL), sekurang kurangnya 80 peratus bagi beberapa tahun akan datang. Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pada masa yang sama, kerajaan juga perlu menyelesaikan isu kehilangan lebih 50,000 hektar tanah sawah. “Tanah untuk sawah hilang 10,000 hektar setiap tahun. Ia menyebabkan proses penanaman padi tidak dapat dilaksana dan tentunya pengeluaran tanaman itu berkurangan,” katanya. Beliau mengemukakan cadangan itu dalam townhall bersama rakyat, arah tuju Muda di Taman Daya di…
Read More