Tiada sangkaan jahat perbahasan Pengkalan Chepa

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Perbahasan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) semalam, berhubung isu tafsiran ayat al-Quran oleh Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) tidak mempunyai ciri-ciri sangkaan jahat seperti dibangkitkan. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat  Ramli Mohd Nor, memutuskan perkara itu, berdasarkan rakaman perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 petang semalam. Beliau mentafsir ucapan Ahmad Marzuk tidak menjangkau sangkaan jahat berikutan isu tafsiran ayat al-Quran yang dikaitkan dengan sangkaan jahat itu memang sudah berlaku dan berlegar di media massa di luar Dewan. Sepanjang hujah Howard, katanya, tiada butiran yang…

Read More

Buktikan dakwaan Iskandar diugut

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Buktikan! Itu permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin baru-baru ini kononnya Ahli Parlimen Kuala Kangsar,  Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut supaya menyokong Kerajaan Perpaduan. Sambil menafikan dakwaan dibuat Hamzah itu, Perdana Menteri berkata tuduhan dibuat itu suatu yang serius dan sepatutnya dibuat laporan untuk disiasat. “Kalau dia (Hamzah) ada bukti dia kena bawa, tapi apa lagi dia nak kata. Yang saya tahu saya belum jumpa, belum hubungi dan saya tak hantar wakil, tak tahu siapa yang ugut. “Kalau ada bukti…

Read More

4 kawasan IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Empat kawasan di tiga negeri di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155. Tiga lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Seri Manjung, Perak (123), Tangkak, Johor (119) dan Petaling Jaya, Selangor (107). Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik. Untuk rekod bacaan IPU sifar hingga 50…

Read More

Kadar kesuburan paling rendah sejak 5 dekad

PUTRAJAYA 17 Okt. – Kadar kesuburan keseluruhan (TFR) 1.6 anak bagi setiap perempuan berusia 15 hingga 49 tahun pada tahun lalu, direkodkan paling rendah sejak lima dekad lalu. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, data tahun lalu itu juga direkod menurun berbanding 1.7 kadar kesuburan pada tahun sebelumnya. Beliau berkata TFR pada 1970 direkodkan pada kadar 4.9 anak bagi setiap perempuan. “Sejak 1970 hingga 2012, TFR negara direkodkan di atas paras penggantian iaitu 2.1 anak, yang menunjukkan purata bilangan anak dilahirkan seorang perempuan sepanjang tempoh kesuburannya…

Read More

Modul Hadis 40 diselaras dengan Jakim

KUALA LUMPUR: Modul bagi aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dibangunkan Kementerian Pendidikan (KPM), diselaraskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata langkah itu bagi memastikan syarah atau kupasan hadisnya sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia. Katanya, modul aktiviti yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ketika ini, mengandungi semua 42 hadis dalam buku Hadis 40 Imam Nawawi. Beliau berkata, KPM merancang untuk melaksanakan perluasan aktiviti penghayatan itu ke semua sekolah kendaliannya mulai tahun depan, yang…

Read More

PRK Kemaman 2 Disember

PUTRAJAYA 17 Okt. –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada Sabtu, 2 Disember 2023  dengan 18 November sebagai hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 28 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari manakala jumlah layak mengundi sebanyak 141,790 orang. “Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 18 November 2023 sehingga jam 11.59 malam, 1 Disember 2023,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. PRK Kemaman diadakan berikutan pemakluman kekosongan kerusi berkenaan oleh…

Read More

Subsidi rakyat melalui pemindahan tunai

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kerajaan sedang mempertimbang pemberian subsidi kepada rakyat menerusi pemindahan tunai dalam beberapa urusan bagi mengelakkan ketirisan, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pendekatan itu bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk semua jenis subsidi. “Dalam kes ayam dan telur tidak perlu begitu kerana harganya sudah turun. Cadangan pemberian tunai itu sedang dipertimbangkan untuk beberapa urusan lain dan akan diumumkan kelak. Ia memang difikirkan dalam beberapa isu lain yang lebih besar untuk mengelak ketirisan dan manfaat kepada warga asing,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat,…

Read More

Daftar dulu, jangan tolak pelajar miskin

PUTRAJAYA 17 Okt. –  Semua universiti awam di negara ini diarah supaya tidak menolak kemasukan pelajar miskin atau mereka yang tidak mampu untuk membayar yuran pendaftaran pengajian. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, arahan itu bertujuan memastikan pelajar mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. “Saya bagi arahan tidak ada universiti yang boleh menolak mana-mana pelajar miskin, mesti daftar bagi nama (pelajar) dan kementerian atau jabatan harus selesaikan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Anwar…

Read More